VIDEO CONFERENCE, Thursday, 27 August 2026 – The ASEAN Defence Senior Officials’ Meeting (ADSOM) and ASEAN Defence Senior Officials’ Meeting-Plus (ADSOM-Plus) meetings under the ASEAN 2026 Chairmanship of the Republic of the Philippines were held virtually from 26 to 27 August 2026.
Carrying the theme of “Navigating Our Future, Together”, the meetings were chaired by Mr. Ignacio B. Madriaga, Undersecretary for Strategic Assessment and Planning, Department of National Defense, in his capacity as the ADSOM and ADSOM-Plus Leader of the Republic of the Philippines. Representing Brunei Darussalam was Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary, Ministry of Defence, Brunei Darussalam, in his capacity as the ADSOM and ADSOM-Plus Leader.
During the ADSOM Meeting, the agenda included updates on the implementation of the ADMM Work Programme 2023-2026, consideration of new ASEAN Defence Ministers’ Meeting (ADMM) initiatives; draft Joint Declaration by the ADMM and draft Joint Statement by the ASEAN Defence Ministers’ Meeting-Plus (ADMM-Plus); and co-chairship of the ADMM-Plus Experts’ Working Groups (EWG) for the 2027-2030 cycle.
During the ADSOM-Plus Meeting, the agenda included progress on practical defence cooperation under the ADMM-Plus framework particularly the EWG Work Plans 2024-2027, where Brunei Darussalam and the People’s Republic of China are the co-chairs of the EWG on Peacekeeping Operations. The ADSOM-Plus Leaders also exchanged views on regional and international security issues, in the spirit of strengthening cooperation in addressing shared security challenges.
The meetings serve as an important platform for ASEAN Member States and Plus countries to reaffirm their commitment to strengthen practical defence cooperation and advance efforts towards finalising the deliverables of the 20th ADMM and 13th ADMM-Plus in October 2026 in the Republic of the Philippines.


REPUBLIK FILIPINA MENGADAKAN MESYUARAT ADSOM DAN ADSOM-PLUS
DALAM TALIAN, Khamis, 27 Ogos 2026 – Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Pertahanan (ADSOM) dan Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Pertahanan Plus (ADSOM-Plus) di bawah pengerusian Republik Filipina telah diadakan secara dalam talian dari 26 hingga 27 Ogos 2026.
Dengan membawa tema “Navigating Our Future, Together”, mesyuarat-mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Yang Mulia Ignacio B. Madriaga, Timbalan Setiausaha Penilaian Strategik dan Perancangan, Jabatan Pertahanan Nasional, Republik Filipina, selaku Ketua ADSOM dan ADSOM-Plus Republik Filipina. Mewakili Negara Brunei Darussalam ialah Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap, Kementerian Pertahanan, selaku Ketua ADSOM dan ADSOM-Plus Negara Brunei Darussalam.
Semasa Mesyuarat ADSOM, antara agenda yang dibincangkan termasuk perkembangan pelaksanaan ADMM Work Programme 2023-2026; penilaian inisiatif-inisiatif Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) baharu; draf Deklarasi Bersama ADMM dan draf Kenyataan Bersama Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN Plus (ADMM-Plus); serta pengerusian bersama ADMM-Plus Experts’ Working Groups (EWG) bagi kitaran 2027-2030.
Semasa Mesyuarat ADSOM-Plus, antara agenda yang dibincangkan ialah perkembangan kerjasama pertahanan praktikal di bawah rangka kerja ADMM-Plus khususnya Pelan Kerja EWG 2024-2027, dengan Negara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat China adalah Pengerusi Bersama EWG on Peacekeeping Operations. Ketua-ketua ADSOM-Plus turut bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa, menekankan kepentingan untuk terus meningkatkan usaha bersama dalam menangani cabaran keselamatan serantau dan antarabangsa.
Mesyuarat-mesyuarat berkenaan merupakan platform penting bagi Negara-Negara Anggota ASEAN dan negara-negara Plus untuk mengesahkan komitmen dalam memperkukuh kerjasama pertahanan praktikal dan meneruskan usaha ke arah memuktamadkan hasil Mesyuarat ADMM ke-20 dan Mesyuarat ADMM-Plus ke-13 pada bulan Oktober 2026 di Republik Filipina.