PENDAFTARAN DITUTUP
BAGI BAKAL-BAKAL REKRUT WANITA PENGAMBILAN KE-60ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEIPendaftaran telah dibukakan bermula padaHari Isnin, 13 Januari 2025 hingga Hari Khamis, 23 Januari 2025.
PENDAFTARAN AKAN DATANG
BAGI BAKAL-BAKAL REKRUT WANITA PENGAMBILAN KE-61
ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
Pendaftaran akan dibukakan untuk menceburi Kerjaya Tentera sebagai Bakal-Bakal Rekrut Wanita Pengambilan ke-61 Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang mana akan menjalankan latihan bermula pada Februari 2027 hingga Februari 2028, mengikut syarat-syarat kelayakan dan kemasukan yang telah ditetapkan.
PENDAFTARAN DIBUKAKAN BERMULA PADA
Hari Isnin, 05 Januari 2026 hingga Hari Khamis, 15 Januari 2026.
Jam Pendaftaran bermula jam 0730 pagi hingga 1630 petang.
(TERTAKLUK KEPADA SEBARANG PERUBAHAN)
TATACARA PENDAFTARAN
Pejabat Pengambilan melalui Jabatanarah Keanggotaan, Kementerian Pertahanan ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai dengan tatacara pendaftaran bagi Bakal-Bakal Pegawai Kadet Lelaki dan Wanita Pengambilan Ke-26 Siri 01/2026 Angkatan Bersenjata Diraja Brunei akan dilaksanakan seperti berikut:
1. Pendaftaran dibukakan melalui atas talian (online) di laman sesawang https://www.mindef.gov.bn dan menekan di bahagian Career dan seterusnya menekan di bahagian Officer Recruitment.
2. Pemohon dikehendaki untuk memuat turun borang pendaftaran dan mengisi dengan lengkap risalah dan menyertakan dokumen-dokumen yang disenaraikan di dalam borang tersebut. BORANG PENDAFTARAN boleh dimuat turun “DI SINI”.
3. Borang yang sudah lengkap diisi berserta dengan salinan elektronik (scanned copy) segala dokumen-dokumen dan sijil-sijil hendaklah dihantar ke email bahagian Proses Pengambilan Pegawai Kadet di RO.OCS@mindef.gov.bn dengan menggunakan email: @gmail.com, @hotmail.com dan @icloud.com.
4. Pemohon akan dimaklumkan melalui email bagi pembahagian waktu dan tarikh untuk hadir ke Pejabat Pengambilan ABDB bagi proses seterusnya iaitu Pemeriksaan Ketinggian, Berat Badan dan Indeks Jisim Tubuh atau Body Mass Index (IJT/BMI).
5. Pemohon hendaklah memberi MAKLUM BALAS melalui email setelah menerima jawapan daripada pihak Pejabat Pengambilan bagi pengemaskinian permohonan dan keberkesanan proses pengambilan.
6. Jika pemohon lulus pemeriksaan yang tersebut di atas, tarikh untuk temujanji bagi proses seterusnya akan dimaklumkan kepada pemohon.
————————————————————————————————
Pemohon-pemohon mestilah berumur 18 tahun dan tidak melebihi 28 tahun (0 bulan 0 hari) pada Februari 2027 dan bagi pemohon berstatus Professionally Qualified Officer (PQO – Doktor Perubatan, Doktor Pergigian atau Peguam) mestilah berumur 18 tahun dan tidak melebihi 35 tahun (0 bulan 0 hari) pada Februari 2027.
Alamat Pejabat Pengambilan (pemohon akan hadir mengikut giliran yang diberikan):
Pejabat Pengambilan Jabatanarah Keanggotaan, Bolkiah Garison (berdekatan dengan bangunan Pancarangan ABDB)
PEMOHON-PEMOHON MESTILAH MEMBAWA RISALAH-RISALAH SEPERTI:
- Kad Pengenalan Pintar asal.
- Sijil Kelususan Akedemik Sekolah (‘O’ Level, ‘A’ Level) yang asal.
- Sijil Kelulusan Tertinggi (Minima Diploma Tertinggi Kebangsaan – HND atau sebanding) yang asal.
- Sijil International English Testing System (IELTS – Acedemic) atau Test of English as a Foreign Language (TOEFL), jika berkenaan sahaja (lihat Perenggan 8).
PERINGATAN:
Mana-mana pemohon yang gagal membawa risalah-risalah yang tersebut di atas pada hari pendaftaran tidak akan di terima.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN DAN KEMASUKAN BAGI MENCEBURI KERJAYA TENTERA
SEBAGAI BAKAL-BAKAL PEGAWAI KADET LELAKI DAN WANITA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
Berikut adalah syarat – syarat kategori dan kemasukan serta proses pemilihan bagi yang berminat untuk menceburi Kerjaya Tentera sebagai Bakal-Bakal Pegawai Kadet Lelaki dan Wanita Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
1. KATEGORI
Terdiri daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang mempunyai Kad Pengenalan Pintar berwarna ‘KUNING’ sahaja dan terdiri daripada 2 kategori di bawah ini:
| KATEGORI A | KATEGORI B |
|
Terdiri dari salah satu daripada 7 puak jati Bangsa Melayu seperti berikut:
a) Brunei
|
a) Mempunyai surat kuasa undang-undang negara bertulis mengenai dengan KERAKYATAN.
b) Pemohon yang lahir di luar negara.
c) Bukan dari puak jati Bangsa Melayu (seperti di Kategori A).
d) Pemohon hendaklah berugama Islam serta menurut adat resam Melayu.
e) Pemohon hendaklah menghadapkan surat permohonan untuk masuk berkhidmat dengan ABDB berserta dengan risalah yang diperlukan.
|
2. TARAF KELAMIN
| LELAKI | WANITA |
Pemohon hendaklah berstatus bujang dan tidak pernah berkahwin.
|
Pemohon hendaklah berstatus bujang, tidak pernah berkahwin, tidak pernah mengandung dan tidak pernah melahirkan anak. |
3. UMUR
Pemohon hendaklah berumur diantara 18 tahun hingga 28 tahun dan tidak melebihi 28 tahun 0 bulan 0 hari pada Februari 2027 dan bagi pemohon Professionally Qualified Officer (PQO – Doktor Perubatan, Doktor Pergigian atau Peguam) mestilah berumur diantara 18 tahun hingga 35 tahun dan tidak melebihi 35 tahun 0 bulan 0 hari pada Februari 2027.
4. KETINGGIAN BADAN DAN INDEKS JISIM TUBUH
Sihat tubuh badan dan memenuhi syarat ketinggian dan Indeks Jisim Tubuh Badan seperti berikut:
| KELAYAKAN | LELAKI | WANITA |
| KETINGGIAN BADAN MINIMA | 160CM (5 KAKI 3 INCI) | 152CM (5 KAKI) |
| INDEKS JISIM TUBUH (IJT) ATAU BODY MASS INDEX (BMI) | LINGKUNGAN 19 HINGGA 27 IJT/BMI | LINGKUNGAN 19 HINGGA 27 IJT/BMI |
5. TAHAP KESIHATAN
Pemohon hendaklah membuat pengesahan sihat sepenuhnya untuk menjalani ujian fizikal semasa proses pengambilan serta mempunyai tahap kesihatan pergigian yang baik. Pemohon dikehendaki mengisi Borang Deklarasi Kesihatan dan menjalani tapisan awal pemeriksaan kesihatan sebelum layak ke proses selanjutnya. Tapisan awal ini termasuk pemeriksaan melalui sistem Bru-HIMS, di mana pemohon secara automatik memberi kebenaran kepada pihak ABDB untuk mengakses rekod sejarah kesihatan mereka melalui Bru-HIMS. Pemohon juga perlu lulus tapisan awal deklarasi sejarah kesihatan iaitu tidak mempunyai sejarah perubatan yang memerlukan pemantauan berpanjangan dari mana-mana pihak atau klinik, seperti berikut:
-
Masalah kesihatan seperti penyakit kronik, masalah pernafasan, masalah jantung, masalah mental, masalah kulit (eczema, moderate-severe acne, keloid dan sebagainya).
-
Tidak ada kesan sampingan serius dari kecederaan bahagian tubuh badan seperti patah tulang dan sebagainya.
-
Perjanjian dengan mana-mana klinik kerajaan atau luar (Pemohon hendaklah selesai perjanjian sepenuhnya dengan baik).
-
Rawatan ubat-ubatan secara rutin atau berkala.
-
Tidak memerlukan rawatan lebih lanjut seperti physioterapi dan seumpamanya.
-
Tidak ada masalah pendengaran.
-
Tidak cacat anggota.
-
Tidak mempunyai diagnosis jenis penyakit atau kriteria lain yang disenarai dalam garis pandu PULHHEEMS yang boleh mengeluarkan pemohon dari proses selanjutnya.
6. TAPISAN KESELAMATAN
Setiap pemohon hendaklah bebas daripada sebarang kesalahan awam atau jenayah, tidak pernah disabit atau diadu, tidak pernah terlibat dengan mana-mana kesalahan yang melibatkan agensi luar seperti Pasukan Polis Diraja Brunei, Mahkamah Awam dan Syariah, Biro Kawalan Narkotik, Biro Mencegah Rasuah dan sebagainya. Setiap pemohon akan menjalani Tapisan Keselamatan (Security Vetting) dan Ujian Air Kencing (UAK) yang akan dikendalikan oleh pihak ABDB.
7. KELAYAKKAN AKADEMIK
Pemohon mestilah mempunyai kelayakan akademik seperti di bawah:
-
Minima Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau yang sebanding dengannya dalam apa jua bidang yang diceburi.
-
PQO (Doktor Perubatan dan Doktor Pergigian) hendaklah mempunyai minima sijil kelulusan dalam Sarjana Muda Kedoktoran atau Pergigian.
-
PQO (Peguam) hendaklah mempunyai sijil kelulusan dalam Sarjana Muda Perundangan termasuk mempunyai kelulusan Bar Professional Training Course atau Barrister-At-Law atau yang sebanding dengannya.
-
Setiap kelulusan hendaklah mendapat pengiktirafan daripada Pihak Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan (MKPK) Negara Brunei Darussalam.
8. KELULUSAN BAHASA INGGERIS
Pemohon mestilah mempunyai minima kelulusan Bahasa Inggeris seperti berikut:
-
Gred C6 dalam GCE ‘O’ Level English Language; atau
-
Gred B dalam IGCSE English as a Second Language; atau
-
Markah 6.0 dalam International English Language Testing System (IELTS – Academic); atau
-
Markah keseluruhan 550 dalam Test of English as a Foreign Language (TOEFL).