BANDAR SERI BEGAWAN, Wednesday, 14 October 2026 – The Golden Jubilee Gallery commemorating 50 Years of Defence Relations between Brunei Darussalam and the Republic of Singapore was officially opened today at the Brunei Energy Hub, ahead of its opening to the public on 15 October 2026.
The ceremony was jointly officiated by Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Permanent Secretary (Policy and Administration), Ministry of Defence, and His Excellency Yip Wei Kiat, High Commissioner of the Republic of Singapore to Brunei Darussalam.
Also in attendance were Permanent Secretaries from the Ministry of Defence, and Ministry of Education, Service Commanders, Deputy Permanent Secretaries from the aforementioned ministries, Defence Attachés and Defence Advisers accredited to Brunei Darussalam, senior officers from the Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), as well as representatives from educational institutions and associations.
The event commenced with a ribbon-cutting ceremony, followed by a video montage highlighting the longstanding friendship and close defence ties between Brunei Darussalam and the Republic of Singapore. The Guests of Honour subsequently toured the gallery before the ceremony concluded with a group photo session.
The Golden Jubilee Gallery showcases five decades of friendship, trust and defence cooperation between Brunei Darussalam and the Republic of Singapore. Through key milestones and shared experiences, the gallery highlights the enduring ties between the leadership and defence establishments of both countries, reflecting a partnership that has continued to grow and strengthen across generations.
The gallery also features the evolution of bilateral military cooperation between the RBAF and the Singapore Armed Forces (SAF) since 1976, including joint training, personnel exchanges, professional development programmes and military courses conducted in both countries. These longstanding engagements have strengthened mutual understanding, enhanced interoperability and fostered close professional and personal ties among servicemen and women.
The Golden Jubilee Gallery will be open to the public from 15 to 25 October 2026. Members of the public are encouraged to refer to the visiting schedule published on the Ministry of Defence’s official Instagram account, @mindefbrunei.












GALERI JUBLI EMAS 50 TAHUN HUBUNGAN PERTAHANAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM–REPUBLIK SINGAPURA DIBUKA KEPADA ORANG RAMAI
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 14 Oktober 2026 – Galeri Jubli Emas Hubungan Pertahanan Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura telah dibuka secara rasmi pada hari ini di Hub Tenaga Brunei, sebelum dibuka kepada orang ramai mulai 15 Oktober 2026.
Majlis tersebut telah disempurnakan bersama oleh Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap (Dasar dan Pentadbiran), Kementerian Pertahanan, dan Tuan Yang Terutama Yip Wei Kiat, Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam.
Turut hadir ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap dari Kementerian Pertahanan, dan Kementerian Pendidikan, Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dari kementerian-kementerian berkenaan, Atase-Atase dan Penasihat-Penasihat Pertahanan negara-negara sahabat, pegawai-pegawai kanan Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), serta wakil-wakil institusi pendidikan dan persatuan.
Majlis dimulakan dengan acara pemotongan reben, diikuti dengan tayangan montaj video yang menyoroti hubungan persahabatan dan kerjasama pertahanan yang erat antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura. Kedua-dua Tetamu Kehormat kemudiannya berkesempatan melawat galeri sebelum majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai.
Galeri Jubli Emas mempamerkan lima dekad persahabatan, kepercayaan dan kerjasama pertahanan antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura. Melalui paparan detik-detik penting dan pengalaman bersama, galeri ini memperlihatkan hubungan erat antara kepimpinan dan institusi pertahanan kedua-dua negara, sekali gus mencerminkan kesinambungan kerjasama yang terus berkembang dan diperkukuh merentasi generasi.
Galeri ini turut memaparkan perkembangan kerjasama ketenteraan dua hala antara ABDB dan Angkatan Bersenjata Republik Singapura sejak tahun 1976, termasuk latihan bersama, pertukaran anggota, program pembangunan profesional serta kursus-kursus ketenteraan yang dilaksanakan di kedua-dua negara. Kerjasama berterusan ini telah memperkukuh persefahaman bersama, meningkatkan kesalingoperasian serta mengeratkan hubungan profesional dan persahabatan dalam kalangan anggota kedua-dua angkatan tentera.
Galeri Jubli Emas akan dibuka kepada orang ramai dari 15 hingga 25 Oktober 2026. Orang ramai disarankan untuk merujuk jadual lawatan yang telah dimuat naik melalui akaun Instagram rasmi Kementerian Pertahanan, @mindefbrunei.