BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 26 August 2026 – Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), received a courtesy call from Air Chief Marshal Sakesan Kantha, Commander-in-Chief of the Royal Thai Air Force (RTAF), at the Ministry of Defence today.
During the call, both sides expressed appreciation for the long-standing and cordial defence relations between Brunei Darussalam and the Kingdom of Thailand. Discussions highlighted the continued cooperation between the Royal Brunei Air Force (RBAirF) and the RTAF through joint exercises, professional military education, as well as officer and personnel exchange programmes.
Both sides also exchanged views on opportunities to further strengthen cooperation in areas of mutual interest, including capability development, emerging technologies, as well as humanitarian assistance and disaster relief operations.
The courtesy call reflected the continued commitment of both armed forces towards strengthening defence relations, enhancing mutual understanding and fostering professional cooperation between the RBAF and the RTAF.


PEMERINTAH ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MENERIMA KUNJUNGAN MUHIBAH PANGLIMA TENTERA UDARA DIRAJA THAILAND
BOLKIAH GARISON, Rabu, 26 Ogos 2026 – Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), telah menerima kunjungan muhibah daripada Air Chief Marshal Sakesan Kantha, Pemerintah Tentera Udara Diraja Thailand, di Kementerian Pertahanan hari ini.
Semasa kunjungan tersebut, kedua-dua pihak menzahirkan penghargaan terhadap hubungan pertahanan yang erat dan sekian lama terjalin antara Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Thailand. Perbincangan turut menyentuh kerjasama berterusan antara Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan Tentera Udara Diraja Thailand melalui latihan bersama, pendidikan ketenteraan profesional serta program pertukaran pegawai dan anggota.
Kedua-dua pihak juga bertukar pandangan mengenai peluang untuk memperkukuhkan lagi kerjasama dalam bidang-bidang yang berkepentingan bersama, termasuk pembangunan keupayaan, teknologi baharu serta bantuan kemanusiaan dan operasi bantuan bencana.
Kunjungan muhibah tersebut mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua angkatan tentera dalam memperkukuhkan hubungan pertahanan, meningkatkan persefahaman bersama serta memupuk kerjasama profesional antara ABDB dan Angkatan Bersenjata Diraja Thailand.