BERAKAS GARRISON, Thursday, 13 August 2026 – To commemorate the birth of Prophet Muhammad Sallallahu Alaihi Wassallam, and as an expression of gratitude and love for the Prophet, as well as to seek blessings from Allah Subhanahu Wa Ta’ala, the Ministry of Defence held the Opening Ceremony of Dikir Maulud 1448H. The ceremony was conducted simultaneously at all Royal Brunei Armed Forces (RBAF) suraus in garrison, bases and camps suraus, including Pulau Baru-Baru Mosque, with the main focus at Surau Al-Faizun, Berakas Garrison.
Present at the ceremony was Yang Mulia Brigadier General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF. Also in attendance were the Permanent Secretary of the Ministry of Defence, Deputy Service Commanders, Directors, Officers and personnel of the Ministry of Defence.
The Dikir Maulud commenced with mass Fardhu Maghrib Prayer, followed by the recitation of Sayyidul Istighfar, Surah Al-Fatihah, and the reading of Sirah Nabawiyah by Yang Mulia Ustaz Mohammad Fahmi bin Haji Matnoor from the RBAF Religious Directorate (JAMA’AT). The ceremony then continued with Dikir Assalammualaika followed by the mass Fardhu Isya’ Prayer, Selawat Badriyah and Dikir Dibaie and Dikir Marhaban led by Yang Mulia Lance Corporal Abdul Muiz bin Mustafa from JAMA’AT.
The ceremony concluded with the recitation of Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam by Yang Mulia Lieutenant Colonel Abd Mujib bin Haji Japar, Acting Director of JAMA’AT, followed by Selawat Qiam, Surah Al-‘Asr, Tasbih Kaffarah and Doa for both parents.
The Dikir Maulud will continue to be enlivened for 12 consecutive nights across all RBAF suraus, with various activities planned throughout the month of Rabiulawal, as a mark of love and respect towards Prophet Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wassallam (PBUH).



Surau Al-Fa’izun, Berakas Garison

Surau Ad Difa, Bolkiah Garison

Surau Al-Huda, Tentera Laut Diraja Brunei

Surau Al- Barakah, Pangkalan Tentera Udara, Rimba

Surau Hikmah, Penanjong Garison

Surau Ar-Rahmah, 3rd Bn Perkhemahan Lumut

Surau Perkhemahan Pengiran Ratna Indera 2BN

Surau Al-Quwwah, Bangar Kem

Surau Asy Syuhada Tanah Jambu

Surau RPD Sungai Akar

Masjid Kampong Pulau Baru-Baru
KEMENTERIAN PERTAHANAN MENGADAKAN MAJLIS PEMBUKAAN DIKIR MAULUD BAGI TAHUN 1448H
BERAKAS GARISON, Khamis, 13 Ogos 2026 – Bagi memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wassallam serta menzahirkan rasa syukur dan kecintaan kepada Baginda, di samping memohon limpahan barakah daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala, Kementerian Pertahanan telah mengadakan Majlis Pembukaan Dikir Maulud 1448H. Majlis berkenaan berlangsung secara serentak di semua surau di garison, pangkalan dan perkhemahan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) termasuk Masjid Pulau Baru-Baru, dengan tumpuan utama di Surau Al-Faizun, Berakas Garison.
Hadir pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Brigedier Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB. Turut hadir ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Timbalan-Timbalan Pemerintah Angkatan Tentera, Pengarah-Pengarah, pegawai-pegawai serta warga Kementerian Pertahanan.
Majlis dimulakan dengan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah, disusuli dengan bacaan Sayyidul Istighfar, Surah Al-Fatihah dan bacaan Sirah Nabawiyah oleh Yang Mulia Ustaz Mohammad Fahmi bin Haji Matnoor dari Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT). Majlis diteruskan dengan Dikir Assalammualaika, diikuti dengan sembahyang Fardhu Isya’ berjemaah, Selawat Badriyah dan Dikir Dibaie serta Dikir Marhaban yang dipimpin oleh Yang Mulia Lans Koperal Abdul Muiz bin Mustafa dari JAMA’AT.
Majlis diakhiri dengan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Abd Mujib bin Haji Japar, Pemangku Pengarah JAMA’AT, diikuti dengan Selawat Qiam, Surah Al-‘Asr, Tasbih Kaffarah dan Doa untuk kedua ibu bapa.
Dikir Maulud akan terus disemarakkan selama 12 malam berturut-turut di seluruh surau ABDB dengan pelbagai acara sampingan yang dirancang sepanjang bulan Rabiulawal, sebagai tanda kasih dan penghormatan kepada junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wassallam.