RIMBA AIR FOCE BASE, Thursday, 4 July 2024 - The Ministry of Defence, via the Centre of Science and Technology Research and Development (CSTRAD), and Universiti Teknologi Brunei (UTB) held a closure ceremony to mark the success of their first collaboration project under the Memorandum of Understanding concerning Collaboration in Research, Innovation and Technology.


Present as the guests of honour were Yang Mulia Colonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Deputy Commander of the Royal Brunei Air Force (RBAirF). Also present at the event were Yang Mulia Professor Dr Mohamed Hasnain Isa, Assistant Vice-Chancellor (Research and Innovation) at UTB, The principal investigators, Lieutenant Colonel (U) Schufin bin Hj Brahim, Acting Director of CSTRAD and Dr Denni Kurniawan, researchers and project members from RBAirF, CSTRAD and UTB.


The event began with opening remarks from Yang Mulia Professor Dr Mohamed Hasnain Isa and Lieutenant Colonel (U) Schufin bin Hj Brahim, followed by a presentation and demonstration on the project outcomes. The closure ceremony was aimed to formally mark the successful completion of the first collaboration project which commenced in 2020. The project was aimed at improving proactive aircraft maintenance practices for the RBAirF, particularly in early corrosion detection. The success of this inaugural collaboration has provided the opportunity and confidence that the MOU will persist as a cornerstone in advancing technological research, development and innovation in defence, and fostering closer partnerships between academia, policy and industry towards national defence and security. These aspirations will continue to be implemented through the Defence Research and Technology Community (DRTC) established with the Institutions of Higher Learning, and the ministry’s Defence Science and Technology Group (DTSG).


The event concluded with a closing remark from Yang Mulia Colonel (U) Hj Haszahaidi bin Hj Ahmad Daud, followed by the recitation of Closing
Doa and a group photo session.

 ​







​  

KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN UNIVERSITI TEKNOLOGI BRUNEI MENYAMBUT MAJLIS PENUTUPAN BAGI PROJEK BERSAMA YANG PERTAMA

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Khamis, 4 Julai 2024 - Kementerian Pertahanan, melalui Pusat Penyelidikan dan Perkembangan Sains dan Teknologi (P3ST) dan Universiti Teknologi Brunei (UTB) telah mengadakan acara penutupan untuk menandakan kejayaan projek kolaborasi pertama di bawah Memorandum Persefahaman berkenaan Kolaborasi dalam Penyelidikan, Inovasi, dan Teknologi.

Hadir sebagai Tetamu Kehormat bagi acara tersebut ialah Yang Mulia Kolonel (U) Hj Haszahaidi bin Hj Ahmad Daud, Timbalan Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB). Turut hadir di majlis tersebut adalah Yang Mulia Profesor Dr Mohamed Hasnain Isa, Penolong Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) di UTB, penyelidik-penyelidik utama iaitu Leftenan Kolonel (U) Schufin bin Hj Brahim, Pemangku Pengarah P3ST dan Dr Denni Kurniawan serta ahli-ahli kumpulan penyelidik dari TUDB, P3ST dan UTB.

Acara tersebut dimulakan dengan ucapan perasmian daripada Yang Mulia Profesor Dr Mohamed Hasnain Isa dan Leftenan Kolonel (U) Schufin bin Hj Brahim, diikuti dengan pembentangan dan demonstrasi mengenai hasil-hasil projek. Acara penutupan ini adalah bertujuan untuk menandakan kejayaan projek kolaborasi pertama di antara kedua-dua institusi yang bermula sejak tahun 2020. Objektif projek kolaborasi ini adalah untuk membuat penambahbaikan terhadap amalan penyelenggaraan secara proaktif bagi pesawat-pesawat TUDB terutama bagi pengesanan awal isu kakisan. Kejayaan projek kerjasama ini akan membuka peluang dan menambah keyakinan agar Memorandum Persefahaman ini akan terus menjadi titik permulaan dan asas dalam mengembang-majukan penyelidikan, perkembangan dan inovasi dalam bidang pertahanan, serta mengukuhkan hubungan kerjasama yang lebih erat di antara akademia, kerajaan dan industri ke arah pertahanan dan sekuriti kebangsaan. Hasrat tersebut akan terus direalisasikan melalui Komuniti Penyelidikan dan Teknologi Pertahanan (DRTC) yang telah ditubuhkan bersama institusi-institusi pengajian tinggi, dan juga Kumpulan Sains dan Teknologi Pertahanan (DSTG) di kementerian ini. 

Acara tersebut kemudiannya disempurnakan dengan ucapan penutup dari Yang Mulia Kolonel (U) Hj Haszahaidi bin Hj Ahmad Daud, diikuti dengan bacaan Doa Penutup dan sesi bergambar ramai.