BOLKIAH GARRISON, Thursday, 4 July 2024 – The Ministry of Defence today received an introductory visit from Yang Berbahagia General Tan Sri Dato’ Seri Mohammad bin Ab. Rahman, Chief of the Defence Force (CDF) of the Malaysian Armed Forces (MAF), who is in Brunei Darussalam from July 3rd until 5th July, 2024.

 

Upon arrival at the Bolkiah Garrison, Yang Berbahagia General Tan Sri Dato’ Seri Mohammad was greeted by Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, the Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF). He then received the General Salute and inspected the Guard of Honour mounted by personnel from the Royal Brunei Land Force (RBLF). 

 

Yang Berbahagia General Tan Sri Dato’ Seri Mohammad paid a courtesy call on Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II. During the call,
the CDF MAF expressed appreciation for the support and cooperation rendered by the RBAF in strengthening the existing close relationship between the two Armed Forces, and at the same time, emphasised the MAF’s commitment to further enhance this cooperation.

 

Yang Berbahagia General Tan Sri Dato’ Seri Mohammad also made a call on Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, the Commander of the RBAF.   










 

LAWATAN PENGENALAN PANGLIMA ANGKATAN TENTERA (PAT) ANGKATAN TENTERA MALAYSIA
 KE KEMENTERIAN PERTAHANAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

BOLKIAH GARISON, Khamis, 4 Julai 2024 – Kementerian Pertahanan hari ini telah menerima lawatan pengenalan daripada Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad bin Ab. Rahman, Panglima Angkatan Tentera (PAT), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berada di Negara Brunei Darussalam bagi lawatan rasmi dari 3 Julai hingga 5 Julai 2024. 

 

Sejurus tiba di Bolkiah Garison, Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad disambut oleh Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), dan menerima Tabik Hormat dan memeriksa Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada anggota-anggota Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB). 

 

Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad telah mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II. Semasa kunjungan tersebut, PAT ATM telah menyampaikan ucapan penghargaan di atas sokongan dan kerjasama diberikan oleh ABDB ke arah memantapkan hubungan erat yang sedia terjalin di antara kedua Angkatan Tentera, dan pada masa yang sama menekankan komitmen ATM untuk meningkatkan lagi kerjasama kearah ini. 

 

Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad juga membuat kunjungan muhibah kepada Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB. ​