LANGKAWI, KEDAH, Tuesday 02 July 202​4 – The Ministry of Defence Brunei Darussalam and the Ministry of Defence Malaysia conducted the 21st Joint Defence Working Committee (JDWC) meeting at Langkawi, Kedah, Malaysia.

The meeting was co-chaired by Yang Berbahagia Datuk Seri Isham bin Ishak, Secretary-General, Ministry of Defence Malaysia and Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, the Permanent Secretary of the Ministry of Defence of Brunei Darussalam.

During the meeting, both sides reaffirmed the close friendship between Brunei Darussalam and Malaysia, expressing active cooperation and strong bilateral relations. The meeting highlighted the positive outcomes of collaborative efforts, which have strengthened mutual understanding and cooperation. Additionally, both nations underlined the importance of continued collaboration in addressing regional security challenges and advancing mutual interests in maintaining peace and stability in the region.

The JDWC meeting addressed matters of bilateral defence cooperation and exchanged views on areas of mutual interest. The commencement of the JDWC signifies the strong commitment from both sides to fortify existing bilateral defence and military relations and to enhance collaboration in both sectors.

The JDWC meeting was established through the Memorandum of Understanding on Defence Cooperation signed on 14 February 1992 between Brunei Darussalam and Malaysia and the convening of the first JDWC meeting on 17 July 1993 in Kuala Lumpur. The previous meeting was hosted virtually by Brunei Darussalam on 13 September 2022. 

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA PERTAHANAN BERSAMA KALI YANG KE-21 DI ANTARA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DAN MALAYSIA

LANGKAWI, KEDAH, Selasa 02 Julai 2024 – Kementerian Pertahanan Negara Brunei Darussalam dan Kementerian Pertahanan Malaysia telah mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pertahanan Bersama (JKPB) kali yang ke-21 di Langkawi, Kedah, Malaysia.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan bersama oleh Yang Berbahagia Datuk Seri Isham bin Ishak, Ketua Setiausaha, Kementerian Pertahanan Malaysia dan Brigadier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan Brunei Darussalam.

Semasa mesyuarat tersebut, kedua belah pihak menekankan semula persahabatan erat antara Negara Brunei Darussalam dan Malaysia, dengan menyatakan kerjasama aktif dan hubungan dua hala yang kukuh. Mesyuarat ini menekankan hasil positif dari usaha kerjasama yang telah memperkukuhkan pemahaman dan kerjasama bersama. Selain itu, kedua-dua negara menggariskan kepentingan bagi meneruskan kerjasama dalam menangani cabaran keselamatan serantau dan memajukan kepentingan bersama dalam mengekalkan keamanan dan kestabilan di rantau ini.

Mesyuarat JKPB membincangkan perkara-perkara kerjasama pertahanan dua hala dan bertukar pandangan mengenai bidang kepentingan bersama. Perlaksanaan JKPB menandakan komitmen kuat dari kedua belah pihak dalam memperkukuhkan hubungan pertahanan dan ketenteraan yang sedia ada, serta untuk meningkatkan kerjasama dalam kedua-dua sektor tersebut.

Mesyuarat JKPB ditubuhkan melalui Memorandum Persefahaman mengenai Kerjasama Pertahanan yang ditandatangani pada 14 Februari 1992 antara Brunei Darussalam dan Malaysia serta  mesyuarat JKPB pertama kali dilaksanakan pada 17 Julai 1993 di Kuala Lumpur. Mesyuarat sebelum ini telah dihoskan oleh Negara Brunei Darussalam secara atas talian pada 13 September 2022.