Picture1.jpgBOLKIAH GARRISON, Friday, 28 June 2024 - A
Doa Kesyukuran ceremony was held at Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garrison this morning to welcome the return of four Royal Brunei Armed Forces (RBAF) officers who had been deployed as part of the Independent Decommissioning Body, Verification, Monitoring and Assistance Team (IDB VMAT) 5/2023 in Mindanao, Republic of the Philippines. The contingent, led by Commander Md Zouhdy bin Haji Abdul Razak, RBN, returned to Brunei Darussalam on 20 June 2024.

Present at the ceremony and presented the Certificate of Participation to the contingent members was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II.

Also present were Members of Defence and RBAF Executive Committee, Acting Director of East Asia of the Ministry of Foreign Affairs, Defence and Armed Forces Attache of Republic of the Philippines, officers and staffs of the Ministry of Defence. 

Since the establishment of the IDB VMAT in 2019, Brunei Darussalam has sent 18 RBAF officers to participate in the peace process in Mindanao. This participation reflects Brunei Darussalam’s commitment towards regional and international peace and security, as outlined in its Defence White Paper. Recently, three RBAF officers were deployed to continue the mission assignment as part of IDB VMAT 6/2024. Before the IDB VMAT establishment, Negara Brunei Darussalam was also involved in the International Monitoring Team, Mindanao, from 2004 to 2022.

During the ceremony, a
Tazkirah entitled ‘Pengorbanan dan Jasa Dalam Menjaga Keamanan‘ was delivered by Major Narulismandy @ Anwar Hadi bin Samaih, Staff Officer 1 Religious Operations, RBAF Religious Directorate (JAMA’AT). ​


Picture5.jpg

Picture6.jpg

Picture7.jpg

Picture8.jpg

Picture9.jpg

Picture10.jpg


MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA KEPULANGAN KONTINJEN ABDB YANG MENGIKUTI INDEPENDENT DECOMISSIONING BODY, VERIFICATION, MONITORING AND ASSISTANCE TEAM 5/2023


BOLKIAH GARISON, Jumaat, 28 Jun 2024 – Majlis Doa Kesyukuran bagi meraikan kepulangan empat pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang telah menyertai penugasan sebagai ahli
Independent Decommissioning Body, Verification, Monitoring and Assistance Team (IDB VMAT) 5/2023 di Mindanao, Republik Filipina telahpun diadakan di Surau Ad-Difa’ Bolkiah Garison. Kontinjen berkenaan yang diketuai oleh Komander Md Zouhdy bin Haji Abdul Razak, TLDB telah selamat tiba di Negara Brunei Darussalam pada 20 Jun 2024 yang lalu.

Hadir di majlis berkenaan dan menyempurnakan penyampaian Sijil Penghargaan kepada ahli-ahli kontinjen adalah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II.

Turut hadir adalah Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan dan ABDB, Pemangku Pengarah Asia/Timur Kementerian Hal-Ehwal Luar Negeri, Atase Pertahanan dan Angkatan Tentera Republik Filipina, pegawai-pegawai serta anggota-anggota Kementerian Pertahanan.

Sejak penubuhan IDB VMAT pada tahun 2019, Negara Brunei Darussalam telah menghantar 
18 pegawai ABDB untuk menyertai proses perdamaian di Mindanao. Penyertaan ini mencerminkan komitmen Negara Brunei Darussalam terhadap keamanan dan keselamatan serantau serta antarabangsa, seperti yang digariskan dalam Kertas Putih Pertahanan. Baru-baru ini, tiga pegawai ABDB telah dihantar untuk meneruskan misi penugasan sebagai sebahagian daripada IDB VMAT 6/2024. Negara Brunei Darussalam juga sebelum penugasan IDB VMAT ini terlibat dalam Pasukan Pemantau Antarabangsa, Mindanao, dari tahun 2004 hingga 2022.

Majlis juga turut diselitkan dengan penyampaian Tazkirah bertajuk ‘Pengorbanan dan Jasa Dalam Menjaga Keamanan’ yang disampaikan oleh Mejar Narulismandy @ Anwar Hadi bin Hj Samaih, Pegawai Turus Gerakan Agama Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT).