
BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 18 June 2024 – The Ministry of Defence held the Ibadah Korban event today in conjunction with Hari Raya Aidil Adha for the year 1445 Hijrah at Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garrison and suraus at all camps. The Ibadah Korban event was conducted to express gratitude to Allah Subhanahu wa Ta’ala increasing faith and piety, as well as giving the Ministry of Defence the opportunity to perform the Sunnah deeds and enliven the significant days of Islam.
Present to distribute the sacrificial meat at the event was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II. Also present were Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Acting Joint Force Commander RBAF, officers and personnel of the Ministry of Defence.
A total of 6 buffaloes and 4 goats were sacrificed for this year and distributed to 74 Asnaf recipients and residents from Mukim Berakas ‘A’.
Special guests whom were also invited at the event were Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Permanent Secretary of the Ministry of Religious Affairs; Yang Mulia Awang Haji Hamzah bin Haji Sabtu, Acting Secretary Majlis Ugama Islam Brunei; Yang Mulia Pengiran Dr. Haji Amiruddin bin Pengiran Haji Damit, Acting Director Urusan, Zakat, Wakaf and Baitulmal; head of villages and respective Imams from mosques within nearby vicinity.









KEMENTERIAN PERTAHANAN MENGADAKAN MAJLIS IBADAH KORBAN 1445 HIJRAH
BOLKIAH GARISON, Selasa, 18 Jun 2024 – Kementerian Pertahanan hari ini mengadakan Majlis Ibadah Korban bersempena dengan Hari Raya Aidil Adha tahun 1445 Hijrah bertempat di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison dan seluruh surau di perkhemahan-perkhemahan. Majlis Ibadah Korban ini dilaksanakan bagi melahirkan rasa syukur kehadrat Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam meningkatkan keimanan dan ketaqwaan, disamping memberi peluang Kementerian Pertahanan melaksanakan ibadah sunat serta memeriahkan hari-hari kebesaran Islam.
Hadir di majlis tersebut dan menyempurnakan pengagihan daging-daging korban ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Hj Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II. Turut hadir ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Pemangku Pemerintah Angkatan Bersama ABDB, pegawai-pegawai dan anggota-anggota Kementerian Pertahanan.
Tahun ini sebanyak 6 ekor kerbau dan 4 ekor kambing telah dikorbankan dan diagihkan kepada seramai 74 penerima yang terdiri daripada asnaf dan penduduk berhampiran dari Mukim Berakas A.
Jemputan-jemputan khas yang turut diundang pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap Kementerian Hal-Ehwal Ugama; Yang Mulia Awang Haji Hamzah bin Haji Sabtu, Pemangku Setiausaha Majlis Ugama Islam Brunei; Yang Mulia Pengiran Dr. Haji Amiruddin bin Pengiran Haji Damit, Pemangku Pengarah Urusan, Zakat, Wakaf dan Baitulmal; ketua-ketua kampong dan Imam-Imam dari sekitar kawasan berhampiran.