BANDAR SERI BEGAWAN, Wednesday, 12 June 2024 –
His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, has consented
to award the 
State Honorary Medals to civilian and military officers of the Ministry of Defence in conjunction with His Majesty’s 77th birthday celebration. 

The Investiture Ceremony took place at the Balai Singgahsana Indera Kenchana, Istana Nurul Iman. His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister’s Office officiated the conferment of the State Honorary medals as personal representative of His Majesty. 

Also present were His Royal Highness Prince ‘Abdul Malik, His Royal Highness 920 Major (Udara) Prince ‘Abdul Mateen and Her Royal Highness Princess ‘Azemah Ni’Matul Bolkiah.

 

The State Honours Medals conferred include Decorations, 15 personel from Ministry of Defence awarded Pingat the Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.) while personnel receives Pingat Indah Kerja Baik (P.I.K.B.) to 360 receipent from Ministry of Defence, Pingat Pahlawan (P.P.) to 44 recipients from the Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces and Pingat Asgar Pahlawan (A.P.)  to 32 recipients from the Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces.

 

Present at the event were Yang Amat Mulia Pengiran–Pengiran Cheteria, Cabinet Ministers, Members of Council, Deputy Ministers, Pengiran – Pengiran Peranakan, Pehin–Pehin Manteri, Manteri–Manteri Hulubalang, Ambassadors, High Commissioners, Permanent Secretaries, Deputy Permanent Secretaries and Head of Departments.

 

 

 




KDYMM KURNIA PINGAT-PINGAT KEHORMATAN NEGARA KEPADA PEGAWAI DAN ANGGOTA KEMENTERIAN PERTAHANAN

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 12 Jun 2024 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan mengurniakan Pingat-Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam kepada pegawai dan anggota awam dan tentera Kementerian Pertahanan sempena Hari Keputeraan Baginda Ke-77 Tahun.

Istiadat Pengurniaan telah berlangsung di Balai Singgahsana Indera Kencana, Istana Nurul Iman. Berangkat selaku wakil peribadi Kebawah Duli Yang maha Mulia bagi menyempurnakan Pingat-Pingat Kehormatan ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.

Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Mejar (Udara) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah. ​

Pingat-Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam yang di kurniakan adalah Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.) kepada 15 orang penerima dari Kementerian Pertahanan, Pingat Indah Kerja Baik (P.I.K.B.) kepada 360 orang penerima dari Kementerian Pertahanan, Pingat Pahlawan (P.P.) kepada 44 orang penerima dari Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Pingat Asgar Pahlawan (A.P.) kepada 32 orang penerima dari Kementerian Pertahanan dan Angkatan bersenjata Diraja Brunei.

 

Turut hadir di Istiadat Pengurniaan ialah Yang Amat Mulia Pengiran–Pengiran Cheteria, Menteri–Menteri Kabinet, Ahli–ahli Majlis Mesyuarat, Timbalan–timbalan Menteri, Pengiran–Pengiran Peranakan, Pehin–Pehin Manteri, Manteri–Manteri Hulubalang, Duta–duta Besar, Pesuruhjaya–pesuruhjaya Tinggi, Setiausaha–setiausaha Tetap, Timbalan–timbalan Setiausaha Tetap dan Ketua–ketua Jabatan. ​