BANDAR SERI BEGAWAN, Sunday, 2 June 2024 –Twenty-three babies were born on the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) 63rd Anniversary Celebration on 31 May 2024. Twenty of them were born at the Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) Hospital, two babies were born at Suri Seri Begawan (SSB) Hospital, Kuala Belait and one baby was born at Jerudong Park Medical Centre (JPMC), Bandar Seri Begawan.
Each newborn baby received gifts from the RBAF and the RBAF Wives’ Association (BAKTI). Presenting the gifts at RIPAS Hospital was Datin Ummisyafinah binti Haji Zaini, wife of the Commander of the RBAF. She was accompanied by Pengiran Hajah Siti Norbaya binti Pengiran Haji Mohammad, wife of Acting Commander Joint Force Headquarters, RBAF.
Meanwhile, Pengiran Hajah Rozedah binti Pengiran Haji Sulaiman, wife of the Royal Brunei Land Force Commander, presented the said gifts at SSB Hospital, Kuala Belait. Datin Noraidah binti Haji Ibrahim, wife of the Commander of the Royal Brunei Air Force, was also a representative of BAKTI and presented gifts to the newborn baby in the JPMC, Bandar Seri Begawan. In attendance at the separate events were RBAF officers, Chief Executive Officers and staff from the hospitals, and BAKTI’s Administrative Committee representatives.
This celebration is an annual celebration to welcome newborn babies on the RBAF’s anniversary. This event highlights the everlasting bond of family and camaraderie that distinguishes the Royal Brunei Armed Forces.


Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) di Bandar Seri Begawan


Hospital Suri Seri Begawan (SSB), Kuala Belait


Jerudong Park Medical Centre (JPMC), Bandar Seri Begawan
DUA PULUH TIGA ANAK DAMIT LAHIR PADA HARI ULANG TAHUN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KE-63 TAHUN
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 2 Jun 2024 – Seramai dua puluh tiga orang anak damit telah dilahirkan pada Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang ke-63 pada 31 Mei 2024. Daripada jumlah berkenaan, dua puluh anak damit telah dilahirkan di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) di Bandar Seri Begawan. Manakala itu, dua lagi di Hospital Suri Seri Begawan (SSB), Kuala Belait dan seorang anak damit telah dilahirkan di Jerudong Park Medical Centre (JPMC), Bandar Seri Begawan.
Setiap anak damit telah menerima cenderahati sumbangan daripada ABDB dan Badan Kebajikan Isteri-isteri ABDB (BAKTI). Penyampaian cenderahati pada majlis yang berlangsung di Hospital RIPAS telah disempurnakan oleh Datin Ummisyafinah binti Haji Zaini, isteri kepada Pemerintah ABDB. Turut hadir ialah Pengiran Hajah Siti Norbaya binti Pengiran Haji Mohammad, isteri Pemangku Pemerintah Markas Angkatan Bersama, ABDB.
Sementara itu, Pengiran Hajah Rozedah binti Pengiran Haji Sulaiman, isteri kepada Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei menyampaikan cenderahati di Hospital SSB, Kuala Belait. Pada masa yang sama, Datin Noraidah binti Haji Ibrahim, Isteri kepada Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei dan juga wakil BAKTI menyampaikan cenderahati di Hospital JPMC, Bandar Seri Begawan.Turut hadir pada majlis-majlis yang diadakan serentak tersebut ialah Pegawai-pegawai ABDB, Ketua-ketua Pegawai Eksekutif berserta kakitangan hospital-hospital serta ahli-ahli jawatankuasa tadbir BAKTI.
Sambutan ini merupakan majlis tahunan bagi menyambut kelahiran anak damit pada hari ulang tahun ABDB. Disamping itu, majlis ini juga secara tidak langsung telah mempamerkan akan kepentingan ikatan kekeluargaan dikalangan anggota ABDB khasnya dan masyarakat amnya.