
BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 28 May 2024 – Media conference for the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) 63rd Anniversary Celebration was held at the Lecture Theater, The Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS), Bolkiah Garrison symbolising the upcoming two (2) days RBAF 63rd Anniversary Celebration commencing on Saturday, 1st June 2024 until Sunday, 2nd June 2024.
The ceremony began with the recital of Surah Al-Fatihah and Doa Selamat read by Sergeant Haji Md Yusri bin Haji Awg Yusof from the RBAF Religious Directorate (JAMA’AT). The media conference session was delivered by Lieutenant Colonel (U) Hasnul Alwe bin Haji Matassan, Spokesperson at the Ministry of Defence. Also, presence was Colonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Deputy Commander Royal Brunei Land Force as the Chairman of the RBAF 63rd Anniversary Celebration and Major Azaman bin Haji Hussin, Commanding Officer Military Police as Head of Committee for Traffic Control.
.
The primary objective of the media conference was to officially convey information on the program including the traffic information, designated parking areas, shuttle bus services, bazaar, safety and security reminders to the general public throughout the celebration. Amongst, the program is the Grand Parade, Static Display, Solidarity Jump and the RBAF Military Capabilities and Defence Exhibition.
The general public is welcome to come along with their families to liven up the upcoming celebration. For information, the Grand Parade on the opening day will be on live streaming aired on the television via RTB Sukmaindra and RTB Perdana, RTB Go Live at www.rtgo.bn and via radio channels at RTB Nasional and RTB Pilihan.
The media conference statement is available from the Ministry of Defence’s official website at www.mindef.gov.bn or follow the latest updates on the celebration via the official Instagram account @mindefbrunei.





SIDANG MEDIA BAGI SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN ABDB KE-63
BOLKIAH GARISON, Selasa, 28 Mei 2024 – Sidang media bagi Sambutan Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) Ke-63 telah diselenggarakan di Dewan Kuliah, Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB), Bolkiah Garison bagi menandakan Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB ke-63 yang akan berlangsung selama dua (2) hari bermula pada Hari Sabtu, 1hb Jun 2024 sehingga Hari Ahad, 2hb Jun 2024.
Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dibacakan oleh Sarjan Haji Md Yusri bin Haji Awg Yusof dari Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT). Sesi sidang media disampaikan oleh Leftenan Kolonel (U) Hasnul Alwe bin Haji Matassan, Jurucakap Kementerian Pertahanan. Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Kolonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Timbalan Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei selaku Pengerusi Tertinggi Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB Ke-63 dan Mejar Azaman bin Haji Hussin, Pegawai Pemerintah Polis Tentera selaku Ketua Ahli Jawatankuasa Tertinggi Kawalan Lalulintas.
Matlamat utama sidang media ini diselenggarakan adalah sebagai platform penyebaran maklumat rasmi mengenai acara-acara yang akan berlangsung termasuklah maklumat lalulintas, kawasan-kawasan letak kereta yang dikhaskan, khidmat
shuttle bus,
bazaar jualan, peringatan keselamatan dan sekuriti kepada orang ramai disepanjang sambutan itu nanti. Diantara acara-acara yang akan berlangsung adalah Upacara Perbarisan Raksasa, Pameran Statik,
Solidarity Jump dan Pameran Keupayaan Tentera dan Industri Pertahanan,
Orang ramai adalah dialu-alukan untuk berkunjung bersama keluarga bagi sama-sama memeriahkan sambutan itu nanti. Sebagai makluman, Upacara Perbarisan Raksasa pada hari kemuncak sambutan akan bersiaran secara langsung menerusi televisyen melalui RTB Sukmaindra dan RTB Perdana, RTB Go Live di www.rtbgo.bn dan melalui corong-corong radio di RTB Nasional dan RTB Pilihan.
Maklumat sidang media ini boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang rasmi Kementerian Pertahanan di www.mindef.gov.bn atau teruskan mengikuti perkembangan terkini sambutan di akaun Instagram rasmi di @mindefbrunei.