
BOLKIAH GARRISON, Sunday, 15 September 2024 - A
Gema Marhaban ceremony to mark the 12th nights of Dikir Maulud in commemoration of the birth of Prophet Muhammad (PBUH) for the Ministry of Defence was held at Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garrison this evening.
Similar ceremonies were also held simultaneously at all Royal Brunei Armed Forces (RBAF) suraus and Pulau Baru-Baru Mosque.
Joining the congregation as guest of honour was
Colonel (U) Haji Mohd Muluddin bin Awang Haji Latif, RBAF Chief of Staff. Also present were officers and personnel of the Ministry of Defence.
The ceremony commenced with mass Maghrib Prayers led by Imam Muhammad Habib ‘Azizi bin Muhammad Ghazali followed by the recitation of Sirah Nabawiyah, Sayyidul Istighfar, Dikir Assalamualaika, Selawat Badriyah and
Dikir Diba’ie as well as mass Isya prayers and concluded with the recitation of Dikir Marhaban and Doa Peliharakan Sultan.

Surau Al-Fa’izun, Berakas Garison
Surau Al-Huda, Tentera Laut Diraja Brunei

Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara, Rimba

Surau Ar-Rahmah, 3rd Bn Perkhemahan Lumut

Surau Perkhemahan Pengiran Ratna Indera 2Bn
Surau Al-Quwwah, Bangar Kem

Masjid Kampong Pulau Baru-Baru
Surau Perkhemahan Sungai Akar
KEMENTERIAN PERTAHANAN ADAKAN MAJLIS GEMA MARHABAN MALAM KE-12 SEMPENA MAULUD NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM (SAW) TAHUN 1446H/2024M
BOLKIAH GARISON, Ahad, 15 September 2024 – Majlis Gema Marhaban bagi menandakan malam ke-12 Dikir Maulud sempena memperingati kelahiran junjungan besar baginda Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bagi peringkat Kementerian Pertahanan, telah diadakan di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison pada malam ini. Majlis serupa juga diadakan secara serentak di semua surau-surau Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Masjid Pulau Baru-Baru.
Menyertai para jemaah selaku tetamu kehormat ialah
Kolonel (U) Haji Mohd Muluddin bin Awang Haji Latif, Ketua Staf ABDB serta turut dihadiri oleh pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan.
Majlis tersebut dimulakan selepas sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah yang dipimpin oleh Imam Muhammad Habib ‘Azizi bin Muhammad Ghazali diikuti dengan bacaan Sirah Nabawiyah, Sayyidul Istighfar, Dikir Assalamualaika, Selawat Badriyah dan
Dikir Diba’ie serta sembahyang Fardhu Isya’ berjemaah sebelum ianya diakhiri dengan Dikir Marhaban dan Doa Peliharakan Sultan.