INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE, Wednesday, 28 August 2024 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, the Chancellor of Sultan Sharif Ali Islamic University (UNISSA) presented graduates with Doctor of Philosophy (PhD), Master’s Degrees, Bachelor’s Degrees, Higher National Diplomas (HND), National Diplomas and Diplomas in various fields and disciplines as well as a Special Degree in 30 Juzuk Al-Quran Memorisation at the 14th UNISSA Hafl Al-Takharruj held at the Plenary Hall, International Convention Centre, Berakas.
Among those receiving their diplomas were five personnel from the RBAF Religious Directorate (JAMA’AT), who received the National Diploma in Da’ie and Leadership of 2022/2023. The diploma recipients are 18428 Staff Sergeant Izzat bin Hamdan, 17052 Sergeant Sahrul Al-Hasri bin Hamzah, 19595 Sergeant Mohammad Hafiy bin Ariffin, 50993 Corporal Awang Muhammad Zulilmi bin Awang Haji Julahia and 21956 Private Nurain binti Mohd. Sallih.
Since 2020, the RBAF has been sending its personnel to attend a diploma program. This program aims to develop preachers who have the necessary expertise and competence to effectively fulfill their preaching duty and responsibilities. It also serves as a platform to enhance the skills of RBAF preachers in alignment with other recognized religious institutions in Brunei Darussalam.





PENGURNIAAN IJAZAH BAGI ANGGOTA-ANGGOTA ABDB DI MAJLIS KONVOKESYEN UNISSA KE-14
PUSAT PERSIDANGAN ANTARABANGSA, Rabu, 28 Ogos 2024 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah berkenan mengurniakan Ijazah Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana, Ijazah Sarjana Muda, Diploma Kebangsaan Tertinggi, Diploma Kebangsaan, dan Diploma dalam pelbagai peringkat pengajian dan bidang, dan Ijazah Khas Hafaz Al-Quran 30 Juzuk kepada para graduan di Majlis Hafl Al-Takharruj UNISSA Ke-14 bertempat di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.
Di antara graduan tersebut terdiri daripada lima orang anggota-anggota daripada Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT) yang mana telah menerima Diploma Kebangsaan Da’ie dan Kepimpinan Siri 2022/2023. Penerima-penerima diploma tersebut ialah 18428 Staf Sarjan Izzat bin Hamdan, 17052 Sarjan Sahrul Al-Hasri bin Hamzah, 19595 Sarjan Mohammad Hafiy bin Ariffin, 50993 Koperal Awang Muhammad Zulilmi bin Awang Haji Julahia dan 21956 Soldadu Nurain binti Mohd. Sallih.
Sejak tahun 2020, ABDB telah menghantar anggotanya untuk menghadiri program diploma. Program tersebut bertujuan untuk melahirkan para da’ie yang berkepakaran dan cekap di dalam menanai tugas dan tanggungjawab berda’wah. Ianya juga dijadikan wadah bagi mempertingkatkan kemarihan para daie ABDB sejajar dengan institusi-institusi keugamaan yang diiktiraf di Negara Brunei Darussalam.