
PENANJONG GARISSON, Tuesday, 27 August, 2024 – Personnel from various units within Penanjong Garisson, including the Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF), the Special Forces Regiment (SFR), and selected units from the Royal Brunei Land Force (RBLF) have successfully donated a total of 78 pints of blood during the blood donation campaign in conjunction with the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) 63rd Anniversary organised by the TI RBAF in collaboration with the Blood Donation Centre, Department of Laboratory Services, Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) Hospital, Ministry of Health.
The campaign was aimed to underscore the critical importance of raising awareness about the need for regular blood donation initiatives in order support to the community by replenishing the nation’s blood bank especially those in dire need of blood transfusions. Additionally, the campaign aims to instill a sense of altruism and duty among RBAF personnel.
The subsequent blood donation campaigns will be held on 18 September 2024 at the Muara Naval Base, 18 November 2024 at the Rimba Air Force Base and 9 January 2025 at Berakas Garisson.



KEMPEN DERMA DARAH PERINGKAT PENANJONG GARISON SEMPENA HARI ULANG TAHUN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KE 63 TAHUN
PENANJONG GARISON, Selasa, 27 Ogos 2024 – Anggota-anggota dari pelbagai unit di Penanjong Garison, termasuk Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB), Regimen Pasukan Khas (RPK) dan gabungan beberapa unit Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah berhasil menyumbangkan sebanyak 78 pain darah semasa kempen derma darah bersempena Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Ke-63 tahun yang dikendalikan oleh IL ABDB dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Kementerian Kesihatan.
Kempen ini bertujuan untuk memberikan penekanan akan kepentingan peningkatkan kesedaran akan keperluan inisiatif menderma darah secara berterusan dan memberikan bantuan kepada masyarakat dengan meningkatkan sumbangan kepada tabung darah negara dan kepada yang memerlukannya. Selain itu, kempen ini bertujuan untuk menanamkan sifat beramal dan bertanggungjawab dalam kalangan warga ABDB.
Kempen derma darah yang seterusnya akan diadakan pada 18 September 2024 di Pangkalan Tentera Laut Muara, 18 November 2024 di Pangkalan Tentera Udara Rimba dan 9 Januari 2025 di Berakas Garison.