
RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 23 August 2024 - The finals of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Football and Tug of War 2024 was conducted at the Royal Brunei Air Force (RBAirF) Mini Stadium, Rimba. This tournament took place from 12 until 23 August 2024 and were participated by four teams from the Royal Brunei Land Force (RBLF), Royal Brunei Navy (RBN), RBAirF and RBAF Combined Team.
Present as the Guest of Honour was Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF. Also in attendance were Service Commanders and Acting Service Commander, Acting Joint Force Commander RBAF, Military Directors, Commandants, Senior Officers, officers and personnel of the RBAF.
Throughout the thrilling final match for football which showcased quality performances from both teams, RBAF Combined team emerged as champion after defeating RBLF team by 2 – 0. Meanwhile, in the heavyweight tug of war category, RBN team emerged victorious after defeating RBAirF team. The guest of honour awarded prizes to the winning teams in both events, as well as to the top individual performers.
This tournament is an annual event for RBAF, which aimed at foster sportsmanship and camaraderie among its personnel, as well as selection of talented players to represent the Royal Brunei Armed Forces Sports Council (MS ABDB).







KEJOHANAN AKHIR BOLA SEPAK DAN TARIK KALAT PERINGKAT ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI BAGI TAHUN 2024
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 23 Ogos 2024 - Kejohanan akhir Bola Sepak dan Tarik Kalat Peringkat Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bagi tahun 2024 telah diadakan di
Mini Stadium Pangkalan Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB),Rimba. Kejohanan ini berlangsung dari 12 hingga 23 Ogos 2024 dan disertai oleh empat pasukan dari Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), TUDB, dan Gabungan Unit ABDB.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB. Turut hadir ialah Pemerintah-Pemerintah dan Pemangku Pemerintah Angkatan Tentera, Pemangku Pemerintah Angkatan Bersama ABDB, Pengarah-Pengarah Tentera, Komandan–Komandan, Pegawai-Pegawai Kanan, pegawai–pegawai serta anggota-anggota ABDB.
Pelbagai aksi-aksi yang mendebarkan telah dipamerkan disepanjang perlawanan akhir bola sepak dari kedua-dua pasukan, Pasukan Gabungan Unit ABDB muncul sebagai juara selepas menewaskan pasukan TDDB dengan 2 – 0. Manakala, di dalam perlawanan akhir tarik kalat kategori berat pula, pasukan TLDB meraih kemenangan selepas menewaskan pasukan TUDB. Tetamu Kehormat menyampaikan hadiah-hadiah kepada kedua-dua pasukan yang menangi setiap kejohanan diikuti dengan pemain-pemain perseorangan terbaik.
Kejohanan ini adalah acara tahunan untuk ABDB, yang bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan dan perpaduan di kalangan anggota, disamping pemilihan pemain-pemain berbakat untuk mewakili Majlis Sukan (MS) ABDB.