TUNGKU, Thursday, 15 August 2024 – Two officers from the Ministry of Defence were awarded the University Book Prizes during the Medal and University Book Prizes Ceremony in conjunction with the Universiti Brunei Darussalam (UBD) 36th Convocation Ceremony held at the UBD Chancellor’s Hall.


This year, a total of 96 out of 1,156 graduates have been chosen as the recipients of the awards in accordance with outstanding academic performance. The Guest of Honour for the event was Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Minister of Transport and Infocommunications.

 

The two Ministry of Defence officers were Colonel Pengiran Sharifuddin bin Pengiran Haji Yusof, Commandant of Defence Academy RBAF (DA RBAF) who has obtained Pass with Distinction in Master of Defence and Security Studies (by coursework), and Commander Shahairil bin Haji Mohd Shahlan, Commanding Officer Maintenance, RBN who has obtained a Pass with Distinction in Master of Public Policy and Management (by coursework).

 

The award was a source of inspiration for the Ministry of Defence organisation in promoting educated, quality and skilled Ministry of Defence personnel that can contribute towards the organisation in line with Brunei Vision 2035.​






DUA PEGAWAI KEMENTERIAN PERTAHANAN MENERIMA HADIAH BUKU UNIVERSITI SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM KE-36


TUNGKU, Khamis, 15 Ogos 2024 – Dua pegawai Kementerian Pertahanan telah menerima Hadiah Buku Universiti dalam Majlis Penyampaian Pingat dan Hadiah Buku Universiti Serta Penyumbang-Penyumbang Sempena Majlis Konvokesyen Universiti Brunei Darussalam (UBD) Ke-36 yang diadakan di Dewan Canselor, UBD.

 

Pada tahun ini, seramai 96 dari 1,156 orang graduan telah terpilih sebagai penerima-penerima Pingat dan Hadiah Buku Universiti di majlis tersebut berdasarkan prestasi akademik yang cemerlang. Tetamu Kehormat bagi majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.


Dua pegawai Kementerian Pertahanan tersebut ialah Kolonel Pengiran Sharifuddin bin Pengiran Haji Yusof, Komandan Akademi Pertahanan ABDB (AP ABDB) yang telah mencapai keputusan Lulus Dengan Cemerlang Ijazah Sarjana Pengajian Pertahanan dan Keselamatan (secara kerjakursus) dan Komander Shahairil bin Haji Mohd Shahlan, Pegawai Pemerintah Pemeliharaan, TLDB yang telah mencapai keputusan Lulus Dengan Cemerlang Ijazah Sarjana Dasar Awam dan Pengurusan (secara kerjakursus).

 

Kejayaan tersebut merupakan sumber inspirasi kepada organisasi Kementerian Pertahanan dalam melahirkan anggota Kementerian Pertahanan yang berpendidikkan, berkualiti dan berkemahiran dalam menyumbang kepada kemajuan organisasi dan negara dalam mendokong Wawasan Brunei 2035.