University Brunei Darussalam, Monday, 12 August 2024
– His
Royal Highness Prince (Dr) Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister’s Office and      Pro-Chancellor of Universiti Brunei Darussalam (UBD) presented certificates to graduates of Master’s Degree and Graduate Diploma at the 36th UBD Convocation Ceremony held at the Chancellor Hall, UBD.


Among those receiving their diplomas were eighteen officers from the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), one officer from the Royal Brunei Police Force, and two international officers from the Republic of Indonesia, all from the 13th RBAF Command and Staff Course (CSC) who were awarded Graduate Diplomas in Defence and Security Studies. Additionally, four officers received a Master of Defence and Security Studies, one officer earned a Master of Government, and another was awarded a Master in Public Policy and Management.

The recipients for Master of Defence and Security Studies (by Coursework) are Colonel Pengiran Sharifuddin bin Pengiran Haji Yusof, Lieutenant Commander Haji Abd Hafiz Mubarak bin Haji Rusli, RBN, Major Hajah Norul Hafidzah binti Haji Muhammad and Major Mohamad Azmi bin Haji Afflon. Meanwhile Commander Shahairil bin Haji Mohd Shahlan, RBN received the Master of Public Policy and Management and Major (U) Pengiran Abdul Aziz bin Pengiran Dato Paduka Haji Abdul Wahab received the Master of Government.

 

The officers who received the Graduate Diploma in Defence and Security Studies are Major Mohamad Hishamuddin bin Haji Marzoki, Major (U) Muhd Nur Aidi bin Haji Abd Razak, Major (U) Mohd Kaisan bin Haji Ludin, Major Siti Nur Afiqah binti Haji Awang Morsidi, Major Mohammad Ariff bin Awang Razali, Major Mohamad Danial bin Haji Daud, Lieutenant Commander Mohd Hydzir Zuhdi bin Haji Sulaiman, RBN, Major (U) Muhd Adif bin Haji Zaman, Major Haji Hainul Ardika bin Haji Tinggal, Major Haji Mohammad Faizi bin Haji Tarif, Major Mohammad Sufrien bin Johan, Lieutenant Commander Dayangku Lyadia Ulandari binti Pengiran Haji Muhamad, RBN, Lieutenant Commander Hidayatul Zabidah binti Haji Dayang, RBN, Lieutenant Commander Norlaila binti Awang Harlip, RBN, Major Siti Nur Irmaya binti Yahya, Major Abdul Hafiz bin Abdul Razak, Lieutenant Commander Pengiran Mohd Zakwan bin Pengiran Salleh, RBN, Major Abd Rahim bin Haji Adris, Deputy Superintendent Ang Lay Bee, Lieutenant Commander Aan Harminanto and Major Edith Nurhidayat Kurniawan Santosa. Private Md Alin bin Emran also received a Bachelor of Health Science.

 

Since 2019, RBAF has collaborated with UBD as the main academic provider for CSC which aims to expand the professional and academic knowledge in studying current strategic issues and their impact in the field of defence and security. Officers who complete this course have the opportunity to pursue their master’s degree in Defence and Security Studies at UBD.

















PENGURNIAAN IJAZAH BAGI PEGAWAI-PEGAWAI ABDB DI MAJLIS KONVOKESYEN UBD KE-36​





Universiti Brunei Darussalam, Isnin, 12 Ogos 2024
– Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr) Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri selaku Pro-Canselor          Universiti Brunei Darussalam (UBD) telah berkenan mengurniakan ijazah kepada graduan Sarjana dan Diploma Lanjutan di Majlis Konvokesyen UBD ke-36 bertempat di Dewan Canselor, UBD.

 

Di antara graduan tersebut terdiri daripada 18 orang Pegawai-pegawai daripada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), seorang pegawai daripada Pasukan Polis Diraja Brunei dan dua pegawai antarabangsa dari Republik Indonesia daripada Kursus Maktab Turus Pengambilan 13/2023 telah menerima Diploma Lepasan Ijazah Pengajian Pertahanan dan Keselamatan. Manakala, seramai empat orang pegawai dikurniakan Ijazah Sarjana Pengajian Pertahanan dan Keselamatan, seorang pegawai menerima Ijazah Sarjana Dasar Awam dan Pengurusan, dan seorang pegawai menerima Ijazah Sarjana Kerajaan.

 

Penerima-penerima Ijazah Sarjana Pengajian Pertahanan dan Keselamatan adalah Kolonel Pengiran Sharifuddin bin Pengiran Haji Yusof, Leftenan Komander Haji Abd Hafiz Mubarak bin Haji Rusli, TLDB, Mejar Hajah Norul Hafidzah binti Haji Muhammad dan Mejar Mohamad Azmi bin Haji Afflon. Sementera itu, Komander Shahairil bin Haji Mohd Shahlan, TLDB telah menerima Ijazah Sarjana Dasar Awam dan Pengurusan dan Mejar (U) Pengiran Abdul Aziz bin Pengiran Dato Paduka Haji Abdul Wahab telah menerima Ijazah Sarjana Kerajaan.

 

Selain itu, pegawai-pegawai yang telah menerima Diploma Lepasan Ijazah Pengajian Pertahanan dan Keselamatan adalah Mejar Mohamad Hishamuddin bin Haji Marzoki, Mejar (U) Muhd Nur Aidi bin Haji Abd Razak, Mejar (U) Mohd Kaisan bin Haji Ludin, Mejar Siti Nur Afiqah binti Haji Awang Morsidi, Mejar Mohammad Ariff bin Awang Razali, Mejar Mohamad Danial bin Haji Daud, Leftenan Komander Mohd Hydzir Zuhdi bin Haji Sulaiman, TLDB, Mejar (U) Muhd Adif bin Haji Zaman, Mejar Haji Hainul Ardika bin Haji Tinggal, Mejar Haji Mohammad Faizi bin Haji Tarif, Mejar Mohammad Sufrien bin Johan, Leftenan Komander Dayangku Lyadia Ulandari binti Pengiran Haji Muhamad, TLDB, Leftenan Komander Hidayatul Zabidah binti Haji Dayang, TLDB, Leftenan Komander Norlaila binti Awang Harlip, TLDB, Mejar Siti Nur Irmaya binti Yahya, Mejar Abdul Hafiz bin Abdul Razak, Leftenan Komander Pengiran Mohd Zakwan bin Pengiran Salleh, TLDB, Mejar Abd Rahim bin Haji Adris, Timbalan Penguasa Polis Ang Lay Bee, Leftenan Komander Aan Harminanto dan Mejar Edith Nurhidayat Kurniawan Santosa. Soldadu Md Ali bin Emran juga telah menerima Sarjana Muda dalam Sains Kesihatan.

 


Sejak tahun 2019, ABDB telah bekerjasama dengan UBD sebagai tenaga akademik bagi Kursus Maktab Turus yang bertujuan untuk memperluaskan pengetahuan profesional dan akademik dalam mempelajari isu-isu strategik pada masa kini serta kesannya dalam bidang pertahanan dan keselamatan. Pegawai-pegawai yang menamatkan kursus ini berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Pengajian Pertahanan dan Keselamatan di UBD.