BOLKIAH GARRISON, Monday, 12 August 2024 – Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), received a courtesy call from Yang Berbahagia General Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan, Chief of Air Force, Royal Malaysian Air Force (RMAF) today.


Accompanying the Chief of Air Force, RMAF was Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Commander of Royal Brunei Air Force (RBAirF) and Director of Intelligence.


During the call, both sides highlighted the firm and long-standing bilateral defence relationship between Negara Brunei Darussalam and Malaysia and exchanged views on regional developments of mutual importance. The RBAF Commander acknowledged the strong working relationship between the RBAirF and RMAF through courses, training and bilateral exercises.  


Yang Berbahagia General Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan and his delegation are currently on an official working visit to Brunei Darussalam from 11 to 13 August 2024.







 PEMERINTAH ABDB MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PANGLIMA TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA

BOLKIAH GARISON, Isnin, 12 Ogos 2024 – Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), telah menerima kunjungan hormat daripada Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini.

Turut mengiringi Panglima TUDM ialah Brigedier Jeneral (Udara) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan Pengarah Perisikan.

Semasa perjumpaan tersebut, kedua-dua belah pihak menekankan dan menghargai hubungan pertahanan dua hala yang kukuh dan telah lama terjalin di antara Negara Brunei Darussalam dan Malaysia serta bertukar pandangan mengenai perkembangan serantau yang mempunyai kepentingan bersama. Pemerintah ABDB juga menghargai hubungan kerja yang kukuh di antara TUDB dan TUDM melalui kursus, latihan dan eksesais dua hala.  

Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan dan rombongan sedang membuat lawatan kerja rasmi ke Negara Brunei Darussalam mulai 11 hingga 13 Ogos 2024.