Bandar Seri Begawan, Wednesday, 6 August 2025 – In conjunction with the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) 64th Anniversary, the Royal Brunei Navy (RBN) conducted the first series of the Cemetery Cleaning Campaign at several locations today as part of its Community Outreach Programme. The cleaning campaign carried out at four different locations namely, Serai Pimping Cemetery, Kampong Kianggeh Cemetery, Kampong Tamoi Cemetery and Kampong Manggis Cemetery.

Present during the event held at Kampong Kianggeh Cemetery was Commander Sonny Iskandar bin Rasani, RBN, Chief of Staff RBN.  Also in attendance at the respective locations were members of the Naval Executive Board, Senior Officers, Officers, Other Ranks and family members of the departed.

RBN personnel embraced this meaningful initiative as an opportunity to honour and remember former RBAF members who have passed away, through the recitation of
Surah Yassin, Tahlil, and
Doa Arwah.

This campaign forms part of the RBN’s Community Outreach Programme, which aims to enhance the spiritual development and cooperation amongst Navy personnel while fostering a spirit of service and contribution to the community. The second series of the campaign is scheduled to take place on Tuesday, 11 November 2025 at four more cemetery locations: Kampong Salambigar Cemetery, Kampong Lubok Pulau Cemetery, Kampong Sungai Kebun Cemetery and Damuan Cemetery.





 

TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI MENGUNGKAYAHKAN KEMPEN MEMBERSIHKAN TANAH PERKUBURAN ISLAM SEMPENA HARI ULANG TAHUN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KE-64

Bandar Seri Begawan, Rabu, 6 Ogos 2025 – Bersempena Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang ke-64 tahun, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengungkayahkan Kempen Membersihkan Tanah Perkuburan Islam di beberapa kawasan hari ini sebagai sebahagian daripada program jangkauan masyarakat. Projek kempen pembersihan dijalankan serentak di empat kawasan tanah perkuburan iaitu Tanah Perkuburan Serai Pimping, Tanah Perkuburan Kampong Kianggeh, Tanah Perkuburan Kampong Tamoi dan Tanah Perkuburan Kampong Manggis.

Hadir pada acara di Tanah Perkuburan Kampong Kianggeh adalah Komander Sonny Iskandar bin Rasani, TLDB, Ketua Staf TLDB. Turut hadir di lokasi yang berlainan adalah Badan Eksekutif Tentera Laut, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai, anggota-anggota TLDB dan ahli keluarga anggota yang telah kembali ke rahmatullah.

Warga TLDB menyambut baik inisiatif yang bermakna ini sebagai satu peluang untuk menzahirkan penghormatan dan mengenang jasa anggota ABDB yang telah kembali ke rahmatullah, melalui bacaan Surah Yassin dan Tahlil serta Doa Arwah.

Kempen ini merupakan sebahagian daripada Acara Kemasyarakatan yang bertujuan untuk meningkatkan pembangunan kerohanian dan kerjasama dalam kalangan anggota TLDB serta menggalakkan semangat untuk berkhidmat dan menyumbang kepada masyarakat. Siri kedua kempen ini dijadualkan akan berlangsung pada hari Selasa, 11 November 2025 di empat lagi tapak tanah perkuburan iaitu Tanah Perkuburan Kampong Salambigar, Tanah Perkuburan Kampong Lubok Pulau, Tanah Perkuburan Kampong Sungai Kebun dan Tanah Perkuburan Damuan.​