
BERAKAS GARISON, Thursday, 13 March 2025 – Nadwah Ilmiah Forum for the year 1446 Hijrah organised by the Royal Brunei Land Forces (RBLF), was held at Dewan Pahlawan, Berakas Garrison.
Present at the forum was Yang Mulia Colonel Hajah Suriyati binti Haji Junaidi, Head of Inspectorate RBAF, along with military and civilian officers as well as personnel from the Ministry of Defence.
With the theme ‘Ramadhan as Therapy: Enhancing Inner Peace and Emotional Stability’, the forum aimed to empower women by providing insights into strengthening inner peace and emotional stability. The discussions focused on the role of women in fostering emotional resilience, particularly during Ramadhan.
The forum was moderated by Yang Mulia Lieutenant Dayangku Nur Syadiah Hafizah binti Pengiran Haji Hasan from the RBAF Religious Directorate (JAMA’AT) and featured two panelists: Yang Mulia Ustazah Dr Adibah Husna binti Haji Ismail, Dean of the Faculty of Syariah at Seri Begawan Religious Teachers University College (KUPUSB), and Yang Mulia Ustazah Waiduri binti Haji Mohammed Ali, Deputy Dean at the same faculty.
The event continued with the presentation of mementos to the forum moderator and panel members, and concluded with a recitation of the closing Doa.




FORUM NADWAH ILMIAH BAGI PEGAWAI DAN ANGGOTA WANITA AWAM DAN TENTERA PERINGKAT KEMENTERIAN PERTAHANAN
BERAKAS GARISON, Khamis, 13 Mac 2024 – Forum Nadwah Ilmiah bagi tahun 1446 Hijrah, anjuran Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), telah diadakan di Dewan Pahlawan, Berakas Garison.
Hadir pada forum tersebut ialah Yang Mulia Kolonel Hajah Suriyati binti Haji Junaidi, Ketua Inspektorat ABDB, bersama pegawai tentera dan awam serta anggota dari Kementerian Pertahanan.
Bertemakan ”Ramadan sebagai Terapi: Meningkatkan Ketenangan Jiwa dan Keseimbangan Emosi”, forum ini bertujuan untuk memperkasakan wanita dengan memberikan pemahaman mengenai cara meningkatkan ketenangan jiwa dan kestabilan emosi. Perbincangan memberi tumpuan kepada peranan wanita dalam membina daya tahan emosi, khususnya sepanjang bulan Ramadhan.
Forum ini telah dimoderatorkan oleh Yang Mulia Leftenan Dayangku Nur Syadiah Hafizah binti Pengiran Haji Hasan daripada Jabatanarah Agama ABDB
(JAMA’AT) yang menampilkan dua orang panel iaitu Yang Mulia Ustazah Dr. Adibah Husna binti Haji Ismail, Dekan Fakulti Syariah di Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB) dan Yang Mulia Ustazah Waiduri binti Haji Mohammed Ali Pemangku Timbalan Dekan Fakulti Syariah, KUPUSB.
Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada moderator forum dan ahli-ahli panel, dan diakhiri dengan bacaan Doa Penutup.