RIMBA CAMP, Friday, 10 January 2025 – The Royal Brunei Armed Forces Military Cadets (RBAF Military Cadets) commemorated the 54th Anniversary of the RBAF Military Cadets today with a
Doa Kesyukuran Ceremony held at the Royal Brunei Malay Reserve Regiment’s (RBMRR) Dining Hall, Rimba Camp.
Present as Guest of Honour was Yang Mulia Lieutenant Colonel Norranellwi bin Siaran/Searan, Commanding Officer of the RBMRR. Also in attendance were Yang Mulia Major (U) Pengiran Mohammad Azizul bin Pengiran Haji Yussof, Deputy Commanding Officer of the RBMRR; Officers of the RBMRR and Military Cadets, Instructors, Supervising Teachers and Military Cadets from Higher Education Institutions, Secondary Schools and Arabic Schools.
The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah, Surah Yaasin and Tahlil, followed by a
Doa Kesyukuran for the 54th Anniversary of the RBAF Military Cadets, led by Yang Mulia Staff Sergeant Mohd Nur Hadi bin Hj Ismail.
The ceremony also included the distribution of donations to five members of the RBAF Military Cadets who recently experienced the loss of a close family member and concluded with a group photo session.



MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN KADET TENTERA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI YANG KE-54 TAHUN
KEM RIMBA, Jumaat, 10 Januari 2025 – Kadet Tentera Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (KT ABDB) telah meraikan Hari Ulang Tahun KT ABDB yang Ke-54 hari ini dengan mengadakan Majlis Doa Kesyukuran di Dewan Makan Askar Simpanan Melayu Diraja Brunei (ASMDB), Kem Rimba.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Norranellwi bin Siaran/Searan, Pegawai Pemerintah ASMDB. Turut hadir ialah Yang Mulia Mejar (U) Pengiran Mohammad Azizul bin Pengiran Haji Yussof, Timbalan Pegawai Pemerintah ASMDB; Pegawai-pegawai ASMDB dan KT ABDB; Jurulatih-jurulatih, Guru-guru Pengawas dan Ahli-ahli KT ABDB dari Institut-institut Pengajian Tinggi, Sekolah-sekolah Menengah dan Sekolah-sekolah Arab.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, Surah Yaasin dan Tahlil dan diikuti dengan bacaan Doa Kesyukuran Hari Ulang Tahun KT ABDB yang Ke-54 tahun yang dipimpin oleh Yang Mulia Staf Sarjan Mohd Nur Hadi bin Hj Ismail.
Majlis diteruskan dengan upacara penyerahan sumbangan bantuan kepada lima anggota KT ABDB yang baru-baru ini kehilangan ahli-ahli keluarga yang terdekat dan diakhiri dengan sesi bergambar ramai.