
MUARA, Friday, 10 January 2025 – With the consent of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzadin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Yang Mulia Captain Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, RBN took over the helm of command of the Royal Brunei Navy (RBN) from Yang Mulia Captain Haji Mohamad Sarif Pudin bin Matserudin, the outgoing 13th Acting Commander of the Royal Brunei Navy at a Change of Command Ceremony this morning at the RBN Parade Square, Muara Naval Base.
The Royal Brunei Navy commenced its ceremony with a poignant display of tradition and honour: the morning colors ceremony. Upon arrival at the dais, the outgoing Acting Commander of RBN, Yang Mulia Captain Haji Mohamad Sarif Pudin bin Matserudin, RBN received the Honourary Salute and inspected the Guard of Honour which comprised of personnel from the RBN and was commanded by Yang Mulia Lieutenant Commander Adib Faliq bin Mohammad, RBN.
Yang Mulia Captain Haji Mohamad Sarif Pudin, RBN then delivered a farewell speech, expressing his heartfelt appreciation to all RBN personnel for their significant achievements, effort and unwavering fighting spirit in fulfilling their duties and responsibilities. He also advised all personnel of the RBN to remember the Core Values of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) particularly the importance of Taqwa, the remembrance of Allah Subhanahu Wa Ta’ala in our daily working life and fostering esprit de corps, as success will only be achieved through teamwork. He encouraged maintaining a work-life balance for optimal performance and well-being. In addition, he emphasised the importance of professionalism, urging all personnel to uphold this value to carry out their duties with integrity and effectiveness. In his closing remarks, Yang Mulia Captain Haji Mohamad Sarif Pudin, RBN thanked all personnel involved in organising the ceremony and prayed for the RBN to always be under Allah Subhanahu Wa Ta’ala’s protection, guidance and blessing.
The ceremony proceeded with a signing of the Handing Over Certificate, marking the official handover of the Commander of the RBN’s duty. This was followed by a Doa Selamat read by Yang Mulia Ustaz Muhammad Sabqi bin Nasar, RBN Religious Officer.
The newly appointed Commander of the RBN, Yang Mulia Captain Sahibul Bahari, then received the Honourary Salute marking the new duty placement before inspecting the Guard of Honour. Yang Mulia Captain Sahibul Bahari, RBN then delivered his inaugural speech as the 14th Commander of RBN where he pledged his commitment to continue the legacy and efforts of previous RBN Commanders, with a focus on discipline, strengthening spiritual values, and consistently enhancing professionalism within the RBN.




MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PEMERINTAH TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI
MUARA, Jumaat, 10 Januari 2025 – Dengan titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzadin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Kepten Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, TLDB telah mengambil alih tampuk Pemerintahan Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) daripada Yang Mulia Kepten Haji Mohamad Sarif Pudin bin Matserudin, Mantan Pemangku Pemerintah TLDB yang Ke-13 dalam Majlis Serah Terima Tugas yang berlangsung pagi ini di Padang Kawad TLDB, Pangkalan Tentera Laut Muara.
Majlis dimulakan dengan upacara menaikkan bendera pagi yang melambangkan penghormatan dan tradisi Tentera Laut. Majlis diteruskan dengan menyambut ketibaan Yang Mulia Pemangku Pemerintah untuk menerima Tabik Hormat dan memeriksa Perbarisan Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada anggota-anggota TLDB, yang diketuai oleh Yang Mulia Leftenan Komander Adib Faliq bin Mohammad, TLDB.
Yang Mulia Kepten Haji Mohamad Sarif Pudin, TLDB kemudiannya menyampaikan ucapan perpisahan, di mana beliau merakamkan penghargaan tertinggi kepada seluruh anggota TLDB atas pencapaian signifikan, usaha gigih, dan semangat juang yang luar biasa dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Beliau turut menasihatkan seluruh anggota TLDB agar sentiasa mengingati Nilai Teras Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dengan memberikan penekanan kepada Taqwa dan mengingati Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam kehidupan bekerja seharian, serta memupuk semangat
esprit de corps kerana kejayaan hanya dapat dicapai dengan kerjasama berpasukan. Beliau turut menggalakkan amalan
work-life-balance untuk prestasi dan kesejahteraan yang optimum. Selain itu, beliau juga menekankan kepentingan profesionalisme, menyeru seluruh anggota TLDB untuk menerapkan nilai ini dalam melaksanakan kewajiban dan tanggungjawab dengan berkesan dan penuh integriti. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam penganjuran majlis serah terima tugas dan berdoa agar sentiasa diberi perlindungan, petunjuk dan keberkatan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Majlis diteruskan dengan upacara menandatangani Sijil Penyerahan Tugas sebagai menandakan penyerahan dan penerimaan secara rasmi tugas Pemerintah TLDB. Ini diikuti dengan bacaan Doa Selamat yang dibacakan oleh Yang Mulia Ustaz Muhammad Sabqi bin Nasar, Pegawai Agama TLDB.
Yang Mulia Kepten Sahibul Bahari, Pemerintah TLDB yang baru, seterusnya menerima Tabik Hormat sebelum memeriksa Perbarisan Kawalan Kehormatan. Beliau kemudian menyampaikan ucapan sulungnya selaku Pemerintah TLDB ke-14, di mana beliau menyatakan untuk terus menelurusi legasi dan usaha-usaha mantan Pemerintah TLDB dengan memberi penekanan utama kepada disiplin, pengukuhan nilai kerohanian, serta peningkatan tahap profesionalisme yang berterusan di dalam TLDB.