BERAKAS, Saturday, 14 November 2026 – The Royal Brunei Armed Forces Sports Council (MS ABDB) contingent secured third place overall among seven contingents at the 5th Brunei Darussalam National Games 2026 (SKBD V), winning a total of 49 medals comprising 21 gold, eight silver and 20 bronze medals.
Prior to the closing of the Games, Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), attended the football match held on Friday, 13 November 2026, and presented medals to the winners. MS ABDB secured the bronze medal despite a narrow 1–0 defeat to the Brunei-Muara District contingent.
The following day, on Saturday, 14 November 2026, the Games officially concluded with the Closing Ceremony held at the Indoor Stadium, Hassanal Bolkiah National Sports Complex, Berakas.
Pencak Silat contributed the highest number of gold medals for the contingent, securing eight gold and six bronze medals, followed by Athletics with seven gold, two silver and four bronze medals; Karate with five gold, two silver and five bronze medals; and Tug of War with one gold and one silver medal.
Further medals were contributed by Sepak Takraw with one silver and one bronze medal; Netball and Futsal (U23) with one silver medal each; Badminton (U23) with two bronze medals; and Aquatics and Football (U23) with one bronze medal each.
Led by its Chef de Mission, Commander Haji Mohammad Arnold bin Haji Osman, Royal Brunei Navy, the MS ABDB contingent fielded 206 athletes across all 10 sports contested at the Games. The Games served as a national platform to foster sportsmanship and identify and develop sporting talent with the potential to represent Brunei Darussalam at regional and international competitions.

Maljis Menyampaikan Medal bagi Sukan Bola Sepak

Gold Medalist bagi Pencak Silat

Gold Medalist bagi olahraga

Gold Medalist bagi karate

Gold Medalist bagi pasukan Tarik Kalat MS ABDB

Yang Mulia Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah hadir bagi menyaksikan pertandingan akhir acara karate.

Pasukan Bola Jaring MS ABDB telah berjaya meraih pingat perak dalam acara bola jaring.

Pasukan Olahraga MS ABDB telah berjaya meraih pingat perak dalam acara lari berganti-ganti 4 × 100 meter

Pasukan sepak takraw MS ABDB beraksi menentang MS PDB

Pasukan futsal MS ABDB beraksi menentang pasukan daerah Tutong

Pasukan Karate MS ABDB telah mempersembahkan aksi dalam acara Kata bagi pertandingan karate

Pasukan Badminton MS ABDB menentang Pasukan MS SSBD dalam acara beregu lelaki

Kontinjen Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MS ABDB) telah berjaya meraih tempat ketiga keseluruhan dalam kejohanan Sukan Kebangsaan Brunei Darussalam Ke-5 (SKBD) Tahun 2026.

MAJLIS SUKAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI RAIH TEMPAT KETIGA DENGAN KUTIPAN 49 PINGAT DI SUKAN KEBANGSAAN BRUNEI DARUSSALAM KALI KE-V 2026
BERAKAS, Sabtu, 14 November 2026 – Kontinjen Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MS ABDB) menamatkan saingan penuh bersemangat pada Sukan Kebangsaan Brunei Darussalam Kali Ke-V (SKBD V) Tahun 2026 dengan meraih kedudukan tempat ketiga keseluruhan daripada tujuh kontinjen menerusi kutipan sebanyak 49 pingat, merangkumi 21 pingat emas, 8 pingat perak, dan 20 pingat gangsa.
Sebelum berakhirnya temasya sukan tersebut, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, telah hadir menyaksikan perlawanan bola sepak yang berlangsung pada Jumaat, 13 November 2026, serta menyempurnakan penyampaian pingat kepada para pemenang. MS ABDB berjaya meraih pingat gangsa meskipun tewas tipis 1–0 kepada kontinjen Daerah Brunei dan Muara.
Keesokan harinya, pada Sabtu, 14 November 2026, temasya sukan berkenaan melabuhkan tirainya dengan berlangsungnya Majlis Penutupan Rasmi di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.
Sukan Pencak Silat menjadi penyumbang pingat emas terbanyak bagi kontinjen MS ABDB dengan meraih lapan pingat emas dan enam pingat gangsa, diikuti Olahraga dengan tujuh pingat emas, dua pingat perak dan empat pingat gangsa; Karate dengan lima pingat emas, dua pingat perak dan lima pingat gangsa; serta Tarik Kalat dengan satu pingat emas dan satu pingat perak.
Kutipan pingat turut disumbangkan menerusi Sepak Takraw dengan satu pingat perak dan satu pingat gangsa; Bola Jaring dan Futsal (U23) yang masing-masing meraih satu pingat perak; Badminton (U23) dengan dua pingat gangsa; serta Akuatik dan Bola Sepak (U23) yang masing-masing menyumbang satu pingat gangsa.
Diketuai oleh Ketua Kontinjen, Komander Haji Mohammad Arnold bin Haji Osman, Tentera Laut Diraja Brunei, kontinjen MS ABDB diwakili seramai 206 atlet yang bertanding dalam kesemua 10 jenis sukan yang dipertandingkan. Temasya ini menjadi platform kebangsaan untuk memupuk semangat kesukanan serta mengenal pasti dan mengembangkan bakat atlet yang berpotensi mewakili Negara Brunei Darussalam dalam pertandingan di peringkat serantau dan antarabangsa.