MENTIRI, Saturday, 14 November 2026 – A total of 64 participants, comprising 35 serving officers of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and 29 Retired Armed Forces Officers (PABB), took part in the Wira Cup 2026 Golf Tournament held at the Pantai Mentiri Golf Club.
The PABB team was led by Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Seri Dewa Major General (Retired) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad bin Haji Daud, while the RBAF team was led by Yang Mulia Brigadier General Aldi bin Haji Hassan, Commander of the Royal Brunei Land Forces. The tournament aimed to strengthen camaraderie and foster closer ties between retired and serving military officers, while promoting sportsmanship and providing an opportunity for interaction and the sharing of experiences.
The tournament concluded with the PABB team emerging as the champions, defeating the RBAF team by a margin of 10 points. Yang Mulia Brigadier General Aldi bin Haji Hassan presented the Wira Cup trophy to the winning team.





PERLAWANAN GOLF PIALA WIRA 2026
MENTIRI, Sabtu, 14 November 2026 – Seramai 64 peserta, terdiri daripada 35 pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang masih berkhidmat dan 29 Pegawai Angkatan Bersenjata Bersara (PABB), telah menyertai Perlawanan Golf Piala Wira 2026 yang berlangsung di Kelab Golf Pantai Mentiri.
Pasukan PABB diketuai oleh Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad bin Haji Daud, manakala pasukan ABDB diketuai oleh Yang Mulia Brigedier Jeneral Aldi bin Haji Hassan, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei. Perlawanan ini bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan serta mengeratkan hubungan silaturahim antara pegawai-pegawai yang masih berkhidmat dengan mereka yang telah bersara, di samping menyediakan peluang untuk berinteraksi dan berkongsi pengalaman.
Turut mewakili pasukan PABB ialah Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Lela Pahlawan Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd Jaafar bin Haji Abdul Aziz; Yang Mulia Mejar Jeneral (Bersara) Pengiran Dato Paduka Seri Haji Abidin bin Pengiran Ahmad; mantan Pemerintah-pemerintah ABDB dan Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera; serta pegawai-pegawai lain yang telah bersara. Sementara itu, pasukan ABDB turut diwakili oleh Yang Mulia Laksamana Pertama Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei; Yang Mulia Brigedier Jeneral (Udara) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei serta pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai ABDB yang masih berkhidmat.
Perlawanan tersebut menyaksikan pasukan PABB muncul sebagai juara setelah menewaskan pasukan ABDB dengan kelebihan 10 mata. Piala Wira telah disampaikan kepada pasukan pemenang oleh Yang Mulia Brigedier Jeneral Aldi bin Haji Hassan.