PRISHTINA, KOSOVO,  Monday, 02 June 2025 – Two female officers from the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) represented Brunei Darussalam at the Third International Women, Peace and Security (3rd WPS) Forum, held from 2 to 3 June 2025 in Prishtina, Republic of Kosovo. This significant forum, which marks the first participation by the RBAF, is hosted under the patronage of Her Excellency Dr. Vjosa Osmani Sadriu, President of the Republic of Kosovo, and forms part of Kosovo’s commitments to the Summit for Democracy.


The RBAF delegation was led by Lieutenant Colonel Azlina binti Haji Muhammad, Staff Officer Grade 1 Finance, Directorate of Personnel, Ministry of Defence and accompanied by Lieutenant Commander Norlaila binti Awang Harlip, Royal Brunei Navy (RBN), Staff Officer Grade 2, J3 Navy, Joint Force Headquarters RBAF.


The International WPS Forum unites global leaders, policymakers, academics, civil society members, youth, and influencers to address pressing key challenges to global peace and security, with a particular focus on issues affecting women, including children. The 2025 edition will centre on addressing conflict-related sexual violence and the growing security risks posed by climate change, emphasizing the need for collective action in fostering inclusive and sustainable peace.


The participation of RBAF female officers underscores Brunei Darussalam’s strong commitment to the Women, Peace and Security agenda and the country’s recognition of the essential role women play in peacebuilding, decision-making, and security policy.


Brunei’s involvement in the Forum brings valuable benefits, including strengthening its presence in international discussions on gender, peace, and security. It also supports capacity building, as the officers gain insights into best practices and strategies that will enhance leadership development and inform gender-inclusive security policies within the RBAF. Furthermore, the knowledge gained will support Brunei’s broader efforts to promote gender equality, prevent violence against women, and advance the WPS agenda, particularly within ASEAN.









PEGAWAI WANITA ABDB SERTAI FORUM ANTARABANGSA KETIGA WANITA, KEAMANAN DAN KESELAMATAN DI REPUBLIK KOSOVO

PRISHTINA, KOSOVO, Isnin, 02 Jun 2025
– 
Dua pegawai wanita daripada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mewakili Negara Brunei Darussalam di Forum Antarabangsa Ketiga Wanita, Keamanan dan Keselamatan (WPS) yang berlangsung dari 2 hingga 3 Jun 2025 di Prishtina, Republik Kosovo. Forum berprestij ini, yang turut menandakan penyertaan pertama oleh ABDB, dianjurkan di bawah naungan Yang Teramat Mulia Dr. Vjosa Osmani Sadriu, Presiden Republik Kosovo, dan merupakan sebahagian daripada komitmen Kosovo terhadap Sidang Kemuncak untuk Demokrasi.


Delegasi ABDB diketuai oleh Leftenan Kolonel Azlina binti Haji Muhammad, Pegawai Turus Kewangan, Jabatanarah Keanggotaan, Kementerian Pertahanan dan disertai oleh Leftenan Komander Norlaila binti Awang Harlip, Tentera Laut Diraja Brunei, Timbalan Pegawai Turus J3 Laut, Markas Angkatan Bersama ABDB.


Forum WPS Antarabangsa ini menghimpunkan para pemimpin global, penggubal dasar, ahli akademik, masyarakat sivil, golongan belia dan pemimpin pendapat untuk menangani cabaran utama terhadap keamanan dan keselamatan global, khususnya isu yang memberi kesan kepada wanita termasuk kanak-kanak. Edisi forum tahun 2025 ini memberi tumpuan kepada usaha menangani keganasan seksual berkaitan konflik serta ancaman keselamatan yang semakin meningkat akibat perubahan iklim, sambil menekankan pentingnya kerjasama dalam membina keamanan yang inklusif dan berkekalan.


Penyertaan pegawai wanita ABDB ini mencerminkan komitmen kukuh Negara Brunei Darussalam terhadap agenda Wanita, Keamanan dan Keselamatan serta pengiktirafan negara terhadap peranan penting wanita dalam pembinaan keamanan, penggubalan dasar keselamatan, dan proses membuat keputusan.


Penglibatan Brunei dalam forum ini membawa pelbagai manfaat strategik, termasuk memperkukuhkan kehadiran negara dalam perbincangan antarabangsa mengenai isu jantina, keamanan dan keselamatan. Ia juga menyokong pembangunan kapasiti melalui pendedahan pegawai kepada strategi yang dapat memperkasa kepimpinan serta menyumbang kepada penggubalan dasar keselamatan inklusif-jantina dalam ABDB. Selain itu, ilmu dan pengalaman yang diperoleh akan menyokong usaha berterusan negara dalam mempromosi kesaksamaan jantina, mencegah keganasan terhadap wanita dan memperkasa agenda WPS, khususnya dalam konteks negara ASEAN.