BANDAR SERI BEGAWAN, Friday, 22 May 2026 – The Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) held a Surah Yasin and Tahlil dedicated to the late parents of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam and Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman, and His Majesty’s late son, Al-Marhum His Royal Highness Prince Haji ‘Abdul ‘Azim.
Held in conjunction with the RBAF’s 65th Anniversary Celebration, the ceremony took place at the Royal Mausoleum, Jalan Tutong.
Present at the ceremony was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II. Also in attendance were members of the Defence Executive Committee, senior officers, officers and personnel of the Ministry of Defence.
The mass recital of Surah Yasin and Tahlil was led by Yang Mulia Lieutenant Colonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Acting Director of the RBAF Religious Directorate (JAMA’AT), followed by the recitation of Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.
The ceremony was among the religious activities held in conjunction with the RBAF’s 65th Anniversary Celebration, with the highlight celebration scheduled to take place on Sunday, 31 May 2026. Such ceremonies not only strengthen the spiritual values among RBAF personnel, but also serve as a platform to seek continued blessings, peace and prosperity for the nation.







KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MENGADAKAN MAJLIS MEMBACA SURAH YASIN DAN TAHLIL DI KUBAH MAKAM DIRAJA SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KE-65
BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 22 Mei 2026 – Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin dan Tahlil khusus buat paduka ayahanda dan bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman, serta paduka anakanda baginda, Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim.
Majlis yang diadakan sempena Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB ke-65 berlangsung di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong.
Hadir pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II. Turut hadir ialah Ahli-Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota Kementerian Pertahanan.
Bacaan beramai-ramai Surah Yasin dan Tahlil telah dipimpin oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Pemangku Pengarah Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT), diikuti bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.
Majlis ini merupakan antara pengisian keagamaan sempena Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB ke-65, dengan acara kemuncaknya yang dijadualkan berlangsung pada hari Ahad, 31 Mei 2026. Penganjuran majlis seumpama ini bukan sahaja memperkukuhkan nilai kerohanian dalam kalangan warga ABDB, malah turut menjadi wadah untuk memohon keberkatan, keamanan dan kesejahteraan Negara Brunei Darussalam.