MUKIM KOTA BATU, Wednesday, 27 May 2026 – To further enlivening the Tabkir Eve of Hari Raya Aidiladha, the Ministry of Defence organised an Outreach Programme with the focal event held at Kampong Pudak Mosque, Mukim Kota Batu.
Present at the focal event was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II. Also present were members of the Defence Executive Committee Senior Officers, officers and personnel of the Ministry of Defence, as well as invited guests including the Penghulu ofMukim Kota Batu and the Village Head of Kampong Pudak,
The event commenced with a mass Fardhu Isyak prayer led by Yang Mulia Imam Mohammad Akmal Syahmi bin Shahri, Imam of Kampong Pudak Mosque. Among the highlights of the event were the presentation of Hari Raya hampers and contributions from the Tabung Infaq Angkatan Bersenjata Diraja Brunei to the asnaf group in Kampong Pudak.
The event was further enlivened with a Tazkirah titled “Takbir Mengiringi Keimanan” delivered by Yang Mulia Ustaz Muhammad Nur Amin bin Haji Jali, Religious Teacher from the RBAF Religious Directorate (JAMA’AT), before proceeding with the recitation of Hari Raya Takbir. The event concluded with the recitation of Doa Peliharakan Sultan and Negara Brunei Darussalam.
This Outreach Programme represents one of the community-engagment initiative implemented by the Ministry of Defence carried out across all districts, involving Kampong Pudak Mosque and Kampong Pulaie Mosque in the Brunei-Muara District; Kampong Benutan Mosque and Kampong Keriam Mosque in the Tutong District; Pekan Seria Mosque and Al-Mashor Mosque, Kampong Sungai Mau, in the Belait District; as well as Utama Mohammad Salleh Mosque and Pengiran Haji Abu Bakar Mosque, Kampong Bokok, in the Temburong District. Similar events were also held simultaneously at all RBAF camp suraus, including Pulau Baru-Baru Mosque.
The Outreach Programme at Kampong Pudak Mosque also serves as a continuation of the Titian Amal Project previously carried out by the Royal Brunei Navy (RBN) in conjunction with the RBAF 64th Anniversary Celebration, involving repair works to the mosque’s minaret.
The organisation of this event not only serves as a platform to enliven the Eve of Hari Raya Aidiladha through the recitation of Takbir and the performance of sunnah acts of worship, but also strengthens the silaturahim between the Ministry of Defence and the local community in expressing gratitude for the countless blessings bestowed by Allah Subhanahu wa Ta’ala.











KEMENTERIAN PERTAHANAN MENGADAKAN MAJLIS MALAM TAKBIR HARI RAYA AIDILADHA 1447 HIJRAH/2026 MASIHI
MUKIM KOTA BATU, Rabu, 27 Mei 2026 – Dalam sama-sama menyemarakkan Malam Takbir Hari Raya Aidiladha, Kementerian Pertahanan telah mengadakan Program Jangkauan dengan tumpuan majlis berlangsung di Masjid Kampong Pudak, Mukim Kota Batu.
Hadir di majlis tumpuan ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II. Turut hadir ialah Ahli-Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan, Pegawai-pegawai Kanan, pegawai-pegawai dan warga Kementerian Pertahanan, disamping jemputan khas termasuk Penghulu Mukim Kota Batu dan Ketua Kampong Pudak.
Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Isyak berjemaah yang diimamkan oleh Yang Mulia Imam Mohammad Akmal Syahmi bin Shahri, Imam Masjid Kampong Pudak. Antara perisian majlis ialah penyampaian hamper Hari Raya dan sumbangan daripada Tabung Infaq Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) kepada golongan asnaf di Kampong Pudak.
Majlis turut diserikan dengan penyampaian tazkirah bertajuk “Takbir Mengiringi Keimanan” yang disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Muhammad Nur Amin bin Haji Jali, Guru Ugama daripada Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT), sebelum diteruskan dengan laungan Takbir Hari Raya. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.
Program Jangkauan ini merupakan salah satu pembaharuan dalam aktiviti bermasyarakat yang dilaksanakan oleh Kementerian Pertahanan di seluruh daerah, melibatkan Masjid Kampong Pudak dan Masjid Kampong Pulaie di Daerah Brunei Muara; Masjid Kampong Benutan dan Masjid Kampong Keriam di Daerah Tutong; Masjid Pekan Seria dan Masjid Al-Mashor Kampong Sungai Mau di Daerah Belait; serta Masjid Utama Mohammad Salleh dan Masjid Pengiran Haji Abu Bakar, Kampong Bokok di Daerah Temburong. Acara serupa turut diadakan secara serentak di seluruh surau perkhemahan ABDB termasuk di Masjid Pulau Baru-Baru.
Program Jangkauan ke Masjid Kampong Pudak ini juga merupakan kesinambungan dari Projek Titian Amal yang telah dilaksanakan oleh Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) bersempena Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB Ke-64 yang lalu, melibatkan kerja-kerja pembaikan menara masjid berkenaan.
Penganjuran majlis ini bukan sahaja menjadi wadah untuk mengimarahkan malam Hari Raya Aidiladha melalui laungan takbir dan perlaksanaan ibadah-ibadah sunat, malah turut mengukuhkan hubungan silaturahim antara warga Kementerian Pertahanan dan masyarakat setempat dalam menzahirkan rasa syukur di atas segala nikmat kurniaan Allah Subhanahu wa Ta’ala.