BOLKIAH GARRISON, Saturday, 23 August 2025
The Ministry of Defence received an official visit from His Excellency Chan Chun Sing, Coordinating Minister for Public Services and Minister for Defence, Republic of Singapore.
This visit follows his appointment on 23 May 2025. 


Upon arrival
at the Ministry of Defence, His Excellency Chan Chun Sing was welcomed by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II, and was received with a General Salute and
inspected the Guard of Honour comprising personnel from the Royal Brunei Land Forces (RBLF).


His Excellency Chan Chun Sing then called on Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof. During the call, both sides expressed their delight with the close and longstanding defence cooperation between Brunei Darussalam and the Republic of Singapore that has manifested including through Defence Policy Dialogues, active exchange of visits, military exercises, training, and courses. 


Also present at the call were His Excellency Laurence Bay Siow Hon, Singapore High Commissioner to Brunei Darussalam, and Major General Cai Dexian,
Chief of Singapore Army as well Defence Executive Committee members. 

 

His Excellency Chan Chun Sing is currently on an official visit to Brunei Darussalam from 22 to 23 August 2025 as part of his introductory visit to friendly nations in the region.​












LAWATAN RASMI MENTERI KOORDINASI BAGI PERKHIDMATAN AWAM DAN MENTERI PERTAHANAN REPUBLIK SINGAPURA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


BOLKIAH GARISON, Sabtu, 23 Ogos 2025

Kementerian Pertahanan
hari ini telah menerima kunjungan rasmi daripada
Tuan Yang Terutama Chan Chun Sing, Menteri Koordinasi bagi Perkhidmatan Awam dan Menteri Pertahanan, Republik Singapura.
Kunjungan ini berikutan pelantikan beliau pada 23 Mei 2025.


Sejurus tiba
di Kementerian Pertahanan, Tuan Yang Terutama Chan Chun Sing telah disambut oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II,
seterusnya menerima Tabik Hormat
dan
memeriksa Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada anggota-anggota Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB).


Tuan Yang Terutama Chan Chun Sing kemudiannya mengadakan Kunjungan Muhibah kepada Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II.
Semasa kunjungan itu, kedua belah pihak menyatakan rasa gembira dengan kerjasama pertahanan yang rapat dan kian lama terjalin di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura yang telah dikukuhkan melalui Dialog Dasar Pertahanan, pertukaran lawatan yang aktif, eksesais tentera, latihan dan kursus.


Turut hadir di kunjungan itu ialah Tuan Yang Terutama Laurence Bay Siow Hon, Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Negara Brunei Darussalam dan Mejar Jeneral Cai Dexian,
Panglima Tentera Darat Singapura
serta Ahli-Ahli Eksekutif Pertahanan Negara Brunei Darussalam.


Tuan Yang Terutama Chan Chun Sing, Menteri Koordinasi bagi Perkhidmatan Awam dan Menteri Pertahanan, Republik Singapura
sedang mengadakan lawatan rasmi ke Negara Brunei Darussalam dari 22 hingga 23 Ogos 2025 sebagai sebahagian dari rangka lawatan pengenalan beliau ke negara-negara sahabat di rantau ini. ​