
BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 5 May 2026 – The Ministry of Defence today received an Introductory visit from Yang Berbahagia General Datuk Haji Malek Razak bin Sulaiman, Chief of Defence Force, Malaysian Armed Forces.
Upon arrival, Yang Berbahagia General Datuk Haji Malek Razak was greeted by Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), and received a General Salute from the Guard of Honour mounted by personnel from the Royal Brunei Land Forces (RBLF).
After inspecting the Guard of Honour, Yang Berbahagia General Datuk Haji Malek Razak then proceeded to make his Introductory Call to the Commander of the RBAF. During their call, both leaders reaffirmed their commitment towards maintaining consistent and ongoing military cooperation between both Armed Forces.
Yang Berbahagia General Datuk Haji Malek Razak also paid a courtesy call to Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II. During the call, both sides reiterated their dedication to further strengthening the existing bilateral defence and military relations. Both sides also expressed the intent to enhance military cooperation through various bilateral and multilateral platforms, as well as exploring new areas of collaboration.
The Chief of Defence Force, Malaysian Armed Forces is on an official visit to Brunei Darussalam from 4 May 2026 until 6 May 2026.









LAWATAN PENGENALAN PANGLIMA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA KE KEMENTERIAN PERTAHANAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BOLKIAH GARISON, Selasa, 5 Mei 2026 – Kementerian Pertahanan hari ini telah menerima lawatan pengenalan daripada Yang Berbahagia Jeneral Datuk Haji Malek Razak bin Sulaiman, Panglima Angkatan Tentera Malaysia.
Sejurus ketibaan, Yang Berbahagia Jeneral Datuk Haji Malek Razak disambut oleh Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan menerima Tabik Hormat Panglima dari Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada anggota-anggota Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB).
Setelah Sejurus selesai memeriksa Kawalan Kehormatan, Yang Berbahagia Jeneral Datuk Haji Malek Razak seterusnya membuat Kunjungan Muhibbah kepada Pemerintah ABDB. Semasa kunjungan tersebut, kedua-dua pemimpin menyatakan hasrat untuk mengekalkan dan meneruskan kerjasama tentera secara konsisten di antara kedua-dua Angkatan Tentera.
Yang Berbahagia Jeneral Datuk Haji Malek Razak juga telah membuat Kunjungan Hormat kepada Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II. Semasa kunjungan tersebut, kedua-dua pihak mengesahkan komitmen berterusan bagi memperkukuhkan hubungan pertahanan dan ketenteraan dua hala yang sedia ada. Kedua belah pihak juga menyatakan hasrat untuk meningkatkan kerjasama ketenteraan melalui pelbagai platform dua hala dan pelbagai hala serta peluang untuk meneroka bidang kerjasama yang baharu.
Yang Berbahagia Panglima Angkatan Tentera Malaysia sedang berada di Negara Brunei Darussalam bagi lawatan rasmi dari 4 Mei 2026 hingga 6 Mei 2026.
Lawatan Pengenalan Panglima Angkatan Tentera Malaysia Ke Kementerian Pertahanan Negara Brunei Darussalam.?