ISTANA NURUL IMAN, Tuesday, 5 May 2026 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, today received in audience Yang Berbahagia General Datuk Haji Malek Razak bin Sulaiman, Chief of the Defence Force, Malaysian Armed Forces. The Audience ceremony took place at Istana Nurul Iman.

Accompanying Yang Berbahagia General Datuk Haji Malek Razak was His Excellency Datuk Mohd Aini bin Atan, High Commissioner of Malaysia to Brunei Darussalam and senior officials from Malaysia Armed Forces (MAF).

Brunei Darussalam and Malaysia enjoy close and enduring defence relations, strengthened by the Memorandum of Understanding (MoU) on Defence Cooperation signed on 14 February 1992, as well as through ongoing defence cooperation across various multilateral platforms.

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BERKENAN MENERIMA MENGADAP PANGLIMA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

ISTANA NURUL IMAN, Selasa, 5 Mei 2026 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, berkenan menerima mengadap Yang Berbahagia Jeneral Datuk Haji Malek Razak bin Sulaiman, Panglima Angkatan Tentera Malaysia pada hari ini. Majlis Mengadap tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman.

Menyertai Yang Berbahagia Jeneral Datuk Haji Malek Razak ialah Tuan Yang Terutama Datuk Mohd Aini bin Atan, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam dan Pegawai-Pegawai Kanan dari Angkatan Tentera Malaysia.

Negara Brunei Darussalam dan Malaysia menikmati hubungan pertahanan yang erat dan berterusan, yang diperkukuhkan melalui Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama Pertahanan yang dimeterai pada 14 Februari 1992, serta menerusi kerjasama pertahanan yang berterusan di pelbagai platform pelbagai hala