
BRUNEI MUARA DISTRICT, Monday, 22 September 2025 – The Ministry of Defence today held a Special Religious Talk in commemoration of the Maulidur Rasul Shallallahu Alaihi Wassalam 1447 Hijrah / 2025 Masehi. The event took place at two separate venues, namely at
Dewan Pahlawan, Berakas Garrison for male congregation and at the Auditorium Hall, Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Tanah Jambu Camp for the female congregation.
Present at
Dewan Pahlawan were Yang Mulia Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Deputy Commander of the RBAF, the Joint Force Commander, the Deputy Sevices Commanders, Senior Officers, officers and personnel of Ministry of Defence. Also invited were the members of the Takmir Committee from the
Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) Kampong Lambak Kiri Mosque.
Meanwhile, at the Auditorium Hall, the ceremony was attended by the presence of Yang Mulia Colonel Norsuriati binti Haji Sharbini, Head of Judge Advocate General RBAF, Senior Officers, officers and the personnel of the Ministry of Defence. Also invites were the Muslimah from the Az-Zakireen Mosque, Kampong
Rancangan Perumahan Negara (RPN) Meragang.
The event commenced with the recitation of Sayyidul Istighfar and Surah Al-Fatihah, followed by the recitation of verses from the Al-Qur’an, Surah Al-Ahzab verses 45-48, presentation of the
Tadabbur Al-Qur’an and the chanting of
Selawat Nuril Anwar. The ceremony then continued with a special religious talk entitled ‘Membentuk Keluarga Bahagia Bermodalkan Sunnah Rasullullah Shallallahu Alaihi Wasallam’, followed by a
Qasidah performance and a closing doa. The ceremony concluded with
Fardhu Asr mass prayer.
The organization of the ceremony aimed to enliven the blessed month of Rabiulawal by reflecting on the noble character of Prophet Muhammad
Shallallahu Alaihi Wasallam, strengthening religious devotion among the personnel of the Ministry of Defence, and fostering closer community ties through religious gathering.




Dewan Pahlawan, Berakas Garison






Dewan Auditorium, Akademi Pertahanan ABDB, Perkhemahan Tanah Jambu
KEMENTERIAN PERTAHANAN MENGADAKAN MAJLIS CERAMAH KHAS SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SHALLALLAHU ALAIHI WASSALAM 1447 HIJRAH / 2025 MASEHI
DAERAH BRUNEI MUARA, Isnin, 22 September 2025 – Kementerian Pertahanan pada hari ini telah mengadakan Majlis Ceramah Khas sempena Sambutan Maulidur Rasul Shallallahu Alaihi Wassalam 1447 Hijrah / 2025 Masehi, yang berlangsung di dua lokasi berasingan iaitu di Dewan Pahlawan, Berakas Garison bagi perhimpunan lelaki dan di Dewan Auditorium, Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Perkhemahan Tanah Jambu bagi perhimpunan wanita.
Hadir di Dewan Pahlawan ialah Yang Mulia Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif Bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Timbalan Pemerintah ABDB, Pemerintah Angkatan Bersama, Timbalan-Timbalan Pemerintah Angkatan Tentera, Pegawai-Pegawai Kanan, pegawai-pegawai serta warga Kementerian Pertahanan. Turut diundang ialah Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) Kampong Lambak Kiri.
Sementara itu, di Dewan Auditorium, majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang Mulia Kolonel Norsuriati binti Haji Sharbini, Ketua Perundangan Tentera ABDB, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-pegawai serta warga wanita Kementerian Pertahanan. Turut diundang ialah muslimah Masjid Az-Zakireen, Kampong Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampong Meragang.
Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan persembahan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur’an daripada Surah Al-Ahzab ayat 45-48, penyampaian Tadabbur Al-Qur’an serta alunan Selawat Nuril Anwar. Majlis diteruskan dengan penyampaian ceramah khas Maulud bertajuk
‘Membentuk Keluarga Bahagia Bermodalkan Sunnah Rasullullah Shallallahu Alaihi Wasallam’, sebelum disusuli dengan persembahan Qasidah dan bacaan doa penutup. Majlis kemudiannya diakhiri dengan Sembahyang Fardhu Asar berjemaah.
Penganjuran majlis ini bertujuan untuk menyemarakkan bulan penuh keberkatan, Rabiulawal, dengan memperingati keindahan akhlak mulia Rasulullah
Shallallahu Alaihi Wasallam,
mengukuhkan penghayatan agama di kalangan warga Kementerian Pertahanan, serta mempereratkan hubungan silaturrahim melalui perhimpunan keagamaan.