
RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 19 September 2025 – The Ministry of Defence held a Khatam Al-Qur’an Ceremony today in conjunction with His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, 79th Birthday Celebration, for 1447 Hijrah / 2025 Masehi at Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base. Similar ceremonies were also conducted simultaneously across all suraus in the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) garrisons, camps and bases, including Masjid Pulau Baru-Baru.
Present at the ceremony was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and the Minister of Defence II. Also in attendance were members of the Defence Executive Committee and the RBAF Executive Committee, as well as officers and personnel of the Ministry of Defence. The ceremony was also attended by special guests, including Yang Mulia Awang Abdul Walid bin Haji Matassan, Permanent Secretary (Municipal and District) at the Ministry of Home Affairs; Acting Brunei-Muara District Officer; Penghulu of Mukim Gadong ‘A’; and Village Heads of Area 3 and Area 4 of the Rimba National Housing Scheme.
The ceremony commenced with the recitation of Sayyidul Istighfar and Surah Al-Fatihah led by Yang Berhormat Minister at the Prime Minister’s Office and the Minister of Defence II, followed by the recitation of Surahs Lazim from the Al-Qur’an, followed by Takhtim and Tahlil, and concluded with the Doa Khatam Al-Qur’an. Yang Berhormat Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II also presented mementos to the participants of the Khatam Al-Qur’an.
This Khatam Al-Qur’an Ceremony serves as a Pesambah Istimewa to His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, expressing profound gratitude and supplication to Allah Subhanahu wa Ta’ala for His Majesty to be blessed with longevity and good health.






Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara, Rimba

Surau Ad-Difa’ Bolkiah Garison

Surau Al-Fa’izun, Berakas Garison

Surau Al-Huda, Tentera Laut Diraja Brunei

Surau Ar-Rahmah, 3rd Bn Perkhemahan Lumut

Surau Perkhemahan Pengiran Ratna Indera 2Bn

Surau Al-Quwwah, Bangar Kem

Surau Asy Syuhada, Tanah Jambu

Surau RPD Sungai Akar

Masjid Kampong Pulau Baru-Baru
MAJLIS KHATAM AL-QUR’AN SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE‑79 BAGI TAHUN 1447 HIJRAH / 2025 MASEHI PERINGKAT KEMENTERIAN PERTAHANAN
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 19 September 2025 – Kementerian Pertahanan hari ini mengadakan Majlis Khatam Al-Qur’an sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang Ke-79, bagi tahun 1447 Hijrah / 2025 Masehi, di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba. Majlis serupa juga diadakan secara serentak di seluruh surau-surau garison, perkhemahan dan pangkalan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), serta Masjid Pulau Baru-Baru.
Hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II. Turut hadir ialah Ahli-Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan dan Jawatankuasa Eksekutif ABDB, pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan. Majlis tersebut turut dihadiri oleh jemputan-jemputan khas, termasuk Yang Mulia Awang Abdul Walid bin Haji Matassan, Setiausaha Tetap (Perbandaran dan Daerah) Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; Pemangku Pegawai Daerah Brunei-Muara; Penghulu Mukim Gadong ‘A’; serta Ketua-Ketua Kampung Kawasan 3 dan Kawasan 4, Rancangan Perumahan Negara Rimba.
Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, disusuli dengan bacaan Surah-surah Lazim Al-Qur’an, kemudian Takhtim dan Tahlil beramai-ramai serta diakhiri bacaan Doa Khatam Al-Qur’an. Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II juga turut menyempurnakan penyampaian cenderahati kepada para peserta Khatam Al-Qur’an.
Majlis Khatam Al-Qur’an ini merupakan pesambah istimewa Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sebagai menzahirkan rasa penuh kesyukuran dan munajat ke hadrat Allah Subhanahu wa Ta’ala semoga Baginda terus dikurniakan lanjut usia, kesihatan yang baik dan kekal karar memerintah Negara Brunei Darussalam.