
BERAKAS GARRISON, Friday, 29 August 2025 – The finals of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Football and Tug of War Tournament 2025 were held at the Mini Stadium, Berakas Garrison. The tournament which took place from 11 until 28 August 2025 and was participated by four teams consisting of the Royal Brunei Land Forces (RBLF), Royal Brunei Navy (RBN), Royal Brunei Air Force (RBAirF) and RBAF Combined Team.
Present as the Guest of Honour was Yang Mulia Brigadier General Aldi bin Haji Hassan, Commander of the RBLF, representing the RBAF Commander. Also in attendance were Service Commanders, Joint Force Commander RBAF, Military Directors, Commandants, Senior Officers, officers and RBAF personnel.
The Combined Team emerged as champion after defeating the RBLF team with a score of 4–3 in the RBAF Football League Championship 2025. Meanwhile, the RBLF team won the RBAF FA Cup 2025 with a 2–0 victory over the Combined Team. In the heavyweight Tug of War category, the RBLF team once again won claimed victory after defeating the RBAirF team.
The Guest of Honour awarded prizes to the winning teams of both events. This annual tournament serves to foster sportsmanship and camaraderie among RBAF personnel, as well as to identify talented players to represent the RBAF Sports Council (MS ABDB).






KEJOHANAN AKHIR BOLA SEPAK DAN TARIK KALAT PERINGKAT ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI BAGI TAHUN 2025
BERAKAS GARISON, Jumaat, 29 Ogos 2025 – Kejohanan akhir Bola Sepak dan Perlawanan Tarik Kalat Peringkat Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bagi tahun 2025 telah diadakan di Stadium Mini Berakas Garison. Kejohanan ini berlangsung dari 11 hingga 28 Ogos 2025 dan disertai oleh empat pasukan yang terdiri dari Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), dan Gabungan Unit ABDB.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Brigedier Jeneral Aldi bin Haji Hassan, Pemerintah TDDB, selaku wakil Pemerintah ABDB. Turut hadir ialah Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Pemerintah Angkatan Bersama ABDB, Pengarah-Pengarah Tentera, Komandan–Komandan, Pegawai-Pegawai Kanan, pegawai–pegawai serta anggota-anggota ABDB.
Pasukan Gabungan Unit ABDB muncul sebagai juara selepas menewaskan Pasukan TDDB dengan 4 – 3 bagi Kejohanan Bola Sepak Liga ABDB bagi tahun 2025. Sementara itu, Pasukan TDDB telah menjuarai Kejohanan Pusingan FA Bola Sepak ABDB tahun 2025 setelah menewaskan Pasukan Gabungan Unit ABDB dengan 2 – 0. Bagi perlawanan akhir tarik kalat kategori berat pula, pasukan TDDB telah meraih kemenangan selepas menewaskan pasukan TUDB.
Tetamu Kehormat telah menyampaikan hadiah kepada kedua-dua pasukan yang memenangi setiap kejohanan. Kejohanan tahunan ini bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan dan perpaduan di kalangan anggota, disamping untuk membuat pemilihan pemain-pemain berbakat bagi mewakili Majlis Sukan (MS) ABDB.