Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

ROYAL BRUNEI AIR FORCE 56TH ANNIVERSARY GALA NIGHT CEREMONY

RIMBA AIR FORCE BASE, Saturday, 06 August 2022 – Royal Brunei Air Force (RBAirF) Senior Non-Commissioned Officers (SNCO) Mess members organized a Gala Night ceremony in conjuction with RBAirF 56th Anniversary at Dewan Punai, Rimba Air Force Base (Rimba AFB) tonight.

Present as the Guest of Honor was Warrant Officer 1 (U) Suridi bin Haji Ibrahim, Sergeant Major of RBAirF and his spouse. In attendance as special guests were Staff of Defence Adviser Office Singaporean High Commision, Assistant Staff, Defense Adviser Office Malaysian High Commision and Sergeant Major of Royal Brunei Malay Reserve Regiment and spouse. Also present during the ceremony were Operation Group Regiment Sergeant Major, Support Group Regiment Sergeant Major, Pengkalan Sergeant Major, Operation Group Drill Sergeant Major, Support Group Drill Sergeant Major, Wings Sergeant Major and RBAirF SNCO Mess Committee members and their spouses.

The ceremony began with a group photo session upon the arrival of the Guest of Honor and the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by a speech from the Sergeant Major of RBAirF. He highlighted that the RBAirF members should always move forward with new and thoughtful ideas to improve the quality and performance in all aspects. He also emphasized that all RBAirF members to increase their level of professionalism, be highly disciplined, fully cooperative with all parties and always join hands in carrying out the tasks and instructions given to ensure whatever is planned or made runs smoothly. After the speech, the ceremony continued with a feast and performances by musicians and lucky draws to enliven the ceremony. The Gala Night ceremony concluded with the signing of a commemorative parchment by the Sergeant Major RBAirF.

The purpose of this ceremony was to further strengthen the relationship between members of RBAirF SNCO Mess. The chairman of the event was Warrant Officer 1 (U) Shamsul bin Haji Saman, President of RBAirF SNCO Mess and conducted by RBAirF Senior PTB Mess committee members.


MAJLIS MALAM GALA SEMPENA HARI ULANG TAHUN TUDB YANG KE 56

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Sabtu, 06 Ogos 2022 - Ahli Jawatan Kuasa Mes PTB Kanan Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah menganjurkan majlis Malam Gala sempena Hari Ulang Tahun TUDB yang ke-56 di Dewan Punai, Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba) pada malam ini.

Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis tersebut adalah Yang Mulia Pegawai Waran 1 (U) Suridi bin Hj Ibrahim, Sarjan Mejar TUDB, bersama isteri. Turut hadir sebagai Tetamu Khas adalah terdiri daripada Staf Pejabat Penasihat Pertahanan Suruhjaya Tinggi Singapura, Staf Pembantu, Pejabat Penasihat Pertahanan, Suruhjaya Tinggi Malaysia dan Sarjan Mejar Rejimen Askar Simpanan Melayu Diraja Brunei bersama isteri. Turut hadir bersama ialah Sarjan Mejar Rejimen Kumpulan Gerakan, Sarjan Mejar Rejimen Kumpulan Bantu, Sarjan Mejar Pengkalan, Sarjan Mejar Kawad Kumpulan Gerakan, Sarjan Mejar Kawad Kumpulan Bantu, Sarjan Mejar Cawangan-Cawangan dan AJK Mes PTB Kanan TUDB.

Acara dimulakan dengan sesi bergambar ramai sejurus ketibaan Tetamu Kehormat dan bacaan Surah Al-Fatihah serta diikuti dengan ucapan dari Sarjan Mejar TUDB. Sarjan Mejar TUDB dalam ucapannya menyarankan agar anggota TUDB harus sentiasa maju kehadapan dengan idea-idea baru dan bernas bagi meningkatkan mutu dan prestasi di dalam semua aspek. Beliau juga menekankan kesemua anggota TUDB untuk meningkatkan tahap profesionalisme, berdisiplin tinggi, berkerjasama kepada semua pihak dan sentiasa berganting bahu dalam melaksanakan tugas dan arahan yang diberikan untuk memastikan apapun perkara yang dirancang atau dibuat berjalan dengan lancar. Selesai ucapan tetamu kehormat majlis diteruskan dengan menikmati jamuan dan persembahan ahli-ahli muzik serta cabutan bertuah bagi memeriahkan lagi acara majlis tersebut. Majlis Malam Gala diakhiri dengan menandatangani lembaran kenangan oleh Sarjan Mejar TUDB.

Tujuan majlis ini diadakan ialah untuk mengeratkan lagi silaturahim di antara ahli-ahli mes PTB Kanan TUDB. Pengerusi acara adalah Pegawai Waran 1 (U) Shamsul bin Haji Saman, Yang Dipertua Mes PTB Kanan TUDB dan dikendalikan oleh ahli AJK Mes PTB Kanan TUDB.