Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

THE FIRST FLIGHT SAFETY DAY FOR YEAR 2021

Rimba Air Base, Thursday, 11 February 2021 – No. 5 Wing has kicked off the very first of many Royal Brunei Air Force (RBAirF) Flight Safety Days for the year 2021 with the topic 'Cannibalisation: A Necessary Evil?'.  The event was held at the Air Movement Centre  and was attended by Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, the Commander of RBAirF. Also present were the Deputy Commander of RBAirF, senior officers, officers, aircrews and aircraft engineers from the RBAirF.

The presentation was led by Engineering Officer Lieutenant (U) Siti Nur Aqidah binti Muhd Azmi, along with RBAirF aircraft engineers Warrant Officer 2 (U) Ali Azrin bin Haji Jamudin, Staff Sergeant (U) Dino bin Jumat, Staff Sergeant (U) Hairul Shahruddin bin Aluddin, Staff Sergeant (U) Shahrul Halidi bin Haji Salai and Staff Sergeant (U) Pg Mas Mohd Tajuddin bin Pg Momin.

The Flight Safety Day aims to serve as a platform for aircrew and engineers to promote awareness and educate personnel on flight safety related topics in all aspects and tiers within the RBAirF. In this session, the chosen topic has stimulated discussions on its benefits and challenges faced with cannibalisation on both the operation and the maintenance side and concluded with the way ahead for the topic and organisation.

In the closing remarks, Commander RBAirF has congratulated the presenters for the very insightful topic and discussions and aspire to see more senior non-commissioned officers to actively participate in any flight safety day or study day presentations to come.

HARI KESELAMATAN PENERBANGAN YANG PERTAMA BAGI TAHUN 2021

Pangkalan Tentera Udara Rimba, Khamis 11 Februari 2021 – Cawangan No. 5 telah memulakan acara Hari Keselamatan Penerbangan Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) yang pertama pada tahun 2021 dengan tajuk 'Cannibalisation: A Necessary Evil?'. Acara tersebut telah diadakan di Pusat Gerakan Udara dan dihadiri oleh Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB selaku Tetamu kehormat. Turut hadir adalah Timbalan Pemerintah TUDB, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai, kru penerbangan dan jurutera pesawat TUDB.

Pembentangan tersebut telah diketuai oleh Pegawai Kejuruteraan Leftenan (U) Siti Nur Aqidah binti Muhd Azmi, dan diikuti oleh kejuruteraan pesawat Pegawai Waran 2 (U) Ali Azrin bin Haji Jamudin, Staf Sarjan (U) Dino bin Jumat, Staf Sarjan (U) Hairul Shahruddin bin Aluddin, Staf Sarjan (U) Shahrul Halidi bin Haji Salai dan Staf Sarjan (U) Pengiran Mas Mohd Tajuddin bin Pengiran Momin.

Hari Keselamatan Penerbangan ini bertujuan untuk menjadi landasan bagi kru penerbangan dan jurutera pesawat untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan keselamatan penerbangan dalam semua aspek dan peringkat dalam TUDB. Dalam sesi ini, tajuk tersebut telah merangsang perbincangan mengenai faedah serta cabaran yang dihadapi dengan cannibalisation di peringkat operasi dan penyelenggaraan serta cadangan untuk mengatasinya.

Dalam ucapan penutup, Pemerintah TUDB telah mengucapkan tahniah kepada pembentang atas tajuk dan perbincangan yang merangsangkan dan berharap untuk melihat penglibatan yang lebih aktif daripada PTB-PTB Kanan pada Hari Keselamatan Penerbangan dan Hari Pengajian yang akan datang.