Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

PROMOTION CEREMONY FOR 08 SUPPORT GROUP PERSONNEL ROYAL BRUNEI AIR FORCE

​RIMBA AIR FORCE BASE, Wednesday, 24 April 2024 – Support Group of the Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a Promotion Ceremony at No. 4 Wing Lobby, Rimba Air Force Base. 07 Junior Non-Commissioned Officer (JNCO) promoted to Sergeant and a Junior Non-Commissioned Officer (JNCO) promoted to Lance Corporal.

Colonel (U) Pengiran Hasrul Ariffin bin Pengiran Haji Rosley, Commander of Support Group, RBAirF presented the rank insignias to the promoted personnel. Present for the promotion ceremony were the Support Group Wing Commanders, Wing Sergeant Majors and Senior Non-Commisioned Officers.

The promotion is a testament to the outstanding contributions made by the personnel to RBAirF and Royal Brunei Armed Forces (RBAF). Their dedication to upholding core values, maintaining discipline, and achieving exceptional performance has been duly recognized. In this opportunity, The RBAirF extends heartfelt congratulations to all personnel promoted during this ceremony.


MAJLIS KENAIKAN PANGKAT BAGI 08 ANGGOTA KUMPULAN BANTU TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI

PANGKALAN TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI, Rabu, 24 April 2024 – Kumpulan Bantu, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Kenaikan Pangkat yang berlangsung di Lobi Cawangan No. 4, Pangkalan Tentera Udara Rimba. 07 anggota Pegawai Tidak Bertauliah Kanan (PTB Kanan) telah dinaikkan ke pangkat ke Sarjan dan 01 Pegawai Tidak Bertauliah Rendah (PTB Rendah) dinaikkan pangkat ke Lans Koperal.

Kolonel (U) Pengiran Hasrul Ariffin bin Pengiran Haji Rosley, Pemerintah Kumpulan Bantu, TUDB menyampaikan insignia kepada anggota yang naik pangkat. Turut hadir di majlis tersebut juga ialah pegawai-pegawai kanan, Sarjan Mejar Markas dan PTB-PTB Kanan.

Kenaikan pangkat ini adalah bukti kepada sumbangan yang diberikan kepada TUDB dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) secara umum. Dedikasi mereka dalam mempertahankan nilai-nilai teras, mengekalkan disiplin dan mencapai prestasi yang cemerlang telah diiktiraf dengan sewajarnya. Di dalam kesempatan ini, Pihak TUDB ingin mengucapkan tahniah yang tulus kepada semua anggota-anggota yang dinaikkan pangkat semasa upacara ini.