Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

51 SQUADRON ORGANISED QUARTERLY NO. 5 WING STUDY DAY

​RIMBA AIR FORCE BASE, Tuesday, 23 April 2024 – 51 Squadron conducted No.5 Wing Study Day at Hangar A, Rimba Air Force Base (Rimba AFB).

Present during the Study Day was Lieutenant Colonel (U) Pengiran Mohamed Khairul Arifin bin Pengiran Haji Mohamad Salleh, Commanding Officer of No. 5 Wing, Senior Engineering Officer, Officers, Air Engineering Unit Head of Departments, and Warrant Officers from No.5 Wing squadrons.

The No.5 Wing Study Day is focused on sharing engineering best practices and suggesting wayforward through the experiences gained from maintaining operational squadron aircraft.  The Study Day also aims to instill and encourage technicians to always be resilient and have perseverance in facing the changes of modernisation.

The Study Day commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah and welcoming remarks by the Staff Sergeant (U) Pengiran Shahbuddin bin Pengiran Haji Mohammad Tajuddin, the Chairman of 51 Squadron Study Day. The event proceeded with the presentation segment by appointed 51 Squadrons personnel.

Three topics were presented that began with “Snag Execution (for Fault TGT Rise during Air Source Heat/ Start)" by Corporal (U) Mohammad Zulkifli bin Haji Zahiri, “Corrosion" by Staff Sergeant (U) Abdul Hafiz bin Mohammad Salleh and concluded with the “Transition to 51 Squadron" by Sergeant (U) Mohammad Amalul Aizzuddin bin Abdullah.


HARI PENGAJIAN SUKU TAHUNAN YANG DIKENDALIKAN OLEH 51 SKUADRON BAGI CAWANGAN NO.5

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Selasa, 23 April 2024 – Skuadron 51 mengendalikan Hari Pengajian Cawangan No. 5  bertempat di Hangar A, Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba)

Hadir pada acara tersebut ialah Leftenan Kolonel (U) Pengiran Mohamed Khairul Arifin bin Pengiran Haji Mohamad Salleh, Pegawai Pemerintah Cawangan No. 5, Pegawai Kejuruteraan Kanan, Pegawai-pegawai, Ketua-ketua Jabatan dari Unit Kejuruteraan Udara dan Pegawai Waran-Pegawai Waran Skuadron.

Hari Pengajian Cawangan No.5 tersebut memfokuskan kepada amalan pemeliharaan terbaik dan mencadangkan halatuju melalui pengalaman memelihara pesawat operasi skuadron. Hari Pengajian ini juga bertujuan untuk menyuntik semangat teknisyen agar sentiasa berdaya tahan dan memiliki ketabahan dalam menghadapi perubahan pemodenan pada masa ini.

Hari Pengajian dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan kata aluan oleh Staf Sarjan (U) Pengiran Shahbuddin bin Pengiran Haji Mohammad Tajuddin selaku Pengerusi Hari Pengajian. Acara diteruskan dengan segment pembentangan daripada anggota skuadron 51 yang terpilih.

Tiga topik telahpun dibentangkan yang bermula dengan “Snag Execution (for Fault TGT Rise during Air Source Heat/ Start)" oleh Koperal (U) Mohammad Zulkifli bin Haji Zahiri, “Corrosion" oleh Staf Sarjan (U) Abdul Hafiz bin Mohammad Salleh dan “Transition to 51 Squadron" oleh Sarjan (U) Mohammad Amalul Aizzuddin bin Abdullah.