Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

NO. 4 WING HARI RAYA AIDILFITRI’S CELEBRATION

RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 19 April 2024 – In enlivening the month of Syawal, No. 4 Wing, Support Group of Royal Brunei Air Force (RBAirF) held an Open Office event in conjunction with the Hari Raya Aidilfitri Celebration for the airmen, airwomen and civilian staffs of RBAirF.

Notable attendees were Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, the Commander of RBAirF, RBAirF Board of Executives, Senior Officers and Staffs of RBAirF.

Lieutenant Colonel (U) Pengiran Muhammad Farisan bin Pengiran Haji Metassan, Commanding Officer of No. 4 Wing together with officers and personnel of No.4 wing hosted invited guests with an array of dishes from Arabian, European and Asian cuisine. The Open Office enables guests to visit the various squadrons and departments of No.4 wing including personally meeting with the staffs to enjoy the companionship and entertainment provided.

An Open Office event organised by RBAirF Headquarter and Wing Headquarters for the Hari Raya Aidilfitri celebration is a tradition of RBAirF to come together in expressing the gratitude with vibrant, joyous and positive aura to strengthen relationship, esprit de corps and teamwork among all RBAirF personnel.


 SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI CAWANGAN NO. 4

PANGKALAN TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI, Jumaat, 19 April 2024 – Dalam menyemarakkan lagi bulan Syawal, Cawangan No. 4, Kumpulan Bantu, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Open Office sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri untuk para anggota-anggota tentera dan kakitangan awam TUDB.

Di antara Tetamu Khas yang hadir ialah Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB, Badan Eksekutif TUDB, Pegawai-Pegawai Kanan, Anggota-anggota dan Kakitangan TUDB.

Leftenan Kolonel (U) Pengiran Muhammad Farisan bin Pengiran Haji Metassan, Pegawai Pemerintah Cawangan No. 4, bersama dengan Pegawai-Pegawai dan Anggota-anggota Cawangan No. 4 menyediakan para tetamu dengan pelbagai hidangan bertemakan masakan Arab, Eropah dan Asia. Majlis ini membolehkan para tetamu untuk berkunjung ke skuadron dan jabatan di bawah Cawangan No. 4 termasuk juga bersua muka dengan anggota sambil menikmati kebersamaan dan hiburan yang disediakan.

Acara Open Office untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan oleh Markas TUDB dan Markas Cawangan ialah tradisi TUDB untuk berkumpul bersama bagi menzahirkan rasa bersyukur dan semangat dengan aura yang positif untuk mengeratkan lagi hubungan esprit de corps dan kerja berpasukan di kalangan semua warga TUDB.