RIMBA AIR FORCE BASE, Monday, 20 April 2026 – His Royal Highness 920 Lieutenant Colonel (Udara) Pengiran Muda 'Abdul Mateen ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah graced the arrival ceremony for the final two Airbus C295MW aircraft of the Royal Brunei Air Force (RBAirF). Held at Rimba Air Force Base, the event marked the formal completion of the C295MW Air Transport fleet acquisition.
Upon arrival at the Air Movement Centre, His Royal Highness was received by Yang Mulia Brigadier General (Udara) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Acting Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary of the Ministry of Defence and Yang Mulia Brigadier General (Udara) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Commander of the RBAirF. Also in attendance were members of the RBAF Executive Committee and Senior officers of the RBAF.
His Royal Highness witnessed the traditional water salute as the aircraft, designated 'TUDB 504' and 'TUDB 505', entered the Military Apron, followed by a recitation of
Selawat in thanksgiving for their safe arrival. The aircraft arrived following a seven-day ferry flight from Seville, Spain, which commenced on 14 April 2026.
Following a
Doa Selamat led by Major Narulismandy bin Haji Samaih, Acting Director of the RBAF Religious Directorate (JAMA'AT), His Royal Highness inspected the new assets and engaged with the pilots as well as engineers involved in the delivery. The ceremony concluded with a group photo session, after which His Royal Highness proceeded to
Bilik Merbuk for Royal Hi-Tea and the signing of the Royal Parchment to commemorate the occasion.
The completion of the C295MW fleet acquisition builds upon earlier milestones in the Air Transport programme. The first two aircraft were delivered on 24 January 2024, in a ceremony graced by His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister's Office.
The aircraft was subsequently introduced into service on 14 February 2024, in the Introduction to Service Ceremony officiated by His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, during which His Majesty personally piloted the aircraft.
Since entering service, the C295MW fleet has logged 518 flights across eight Southeast Asian countries. Notable deployments include Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) missions to the Republic of the Philippines in response to Typhoon Trami in 2024 and to the Republic of the Union of Myanmar in 2025, as well as VIP transport missions extending to Timor-Leste. These operational contributions reflect the RBAF's growing role in supporting national requirements and regional engagements.
This marks a significant milestone in enhancing the RBAirF's air mobility capability, enabling greater flexibility, responsiveness, and reach for future operations. This development positions the RBAirF to better support a wider spectrum of missions in line with evolving operational demands.





TUDB MELENGKAPKAN PEMEROLEHAN PESAWAT ANGKUT C295MW
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Isnin, 20 April 2026 – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Leftenan Kolonel (Udara) Pengiran Muda 'Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah berkenan berangkat menyempurnakan Upacara Ketibaan bagi dua buah pesawat terakhir Airbus C295MW Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB). Majlis yang berlangsung di Pangkalan Tentera Udara Rimba tersebut menandakan penyempurnaan rasmi perolehan pesawat angkut C295MW.
Sejurus Keberangkatan tiba di Pusat Pergerakan Udara, Duli Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Yang Mulia Brigedier Jeneral (Udara) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemangku Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB); Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan; dan Yang Mulia Brigedier Jeneral (Udara) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Pemerintah TUDB. Turut hadir ialah Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif ABDB dan Pegawai-pegawai Kanan ABDB.
Duli Yang Teramat Mulia seterusnya menyaksikan penghormatan
water salute semasa pesawat yang membawa tanda pendaftaran 'TUDB 504' dan 'TUDB 505' memasuki Apron Tentera, diikuti dengan bacaan Selawat sebagai tanda kesyukuran atas ketibaan dengan selamat. Pesawat-pesawat tersebut tiba setelah melalui penerbangan penghantaran (ferry flight) selama tujuh hari dari Seville, Sepanyol, yang bermula pada 14 April 2026.
Selepas bacaan Doa Selamat yang dipimpin oleh Mejar Narulismandy bin Haji Samaih, Pemangku Pengarah Jabatan Agama ABDB (JAMA'AT), Duli Yang Teramat Mulia berkenan meninjau aset baharu tersebut serta beramah mesra bersama juruterbang dan jurutera yang terlibat dalam penghantaran berkenaan. Upacara diakhiri dengan sesi bergambar ramai, sebelum Duli Yang Teramat Mulia beredar ke Bilik Merbuk bagi Majlis Santap Petang dan seterusnya menandatangani Lembaran Keberangkatan bagi memperingati majlis tersebut.
Penyempurnaan pemerolehan pesawat C295MW ini adalah kesinambungan daripada pencapaian awal program pesawat angkut. Penghantaran awal dua pesawat pertama telah dilaksanakan pada 24 Januari 2024 dalam upacara yang disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.
Pesawat tersebut seterusnya diperkenalkan secara rasmi dalam perkhidmatan melalui Upacara Perasmian Perkhidmatan pada 14 Februari 2024, yang disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, di mana Baginda sendiri berkenan menerbangkan pesawat berkenaan.
Sejak mula berkhidmat, pesawat-pesawat C295MW telah mencatatkan 518 penerbangan merentasi lapan buah negara Asia Tenggara. Antara penugasan penting termasuk misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana Alam ke Republik Filipina susulan Taufan Trami pada 2024 dan ke Republik Kesatuan Myanmar pada 2025, serta misi pengangkutan VIP mencapai keupayaan jarak jangkau sehingga ke Timor-Leste. Sumbangan operasi ini mencerminkan peranan ABDB yang semakin berkembang dalam menyokong keperluan negara dan penglibatan serantau.
Penyempurnaan pemerolehan keupayaan pengangkutan udara ini menandakan mercu tanda penting dalam meningkatkan keupayaan mobiliti udara TUDB, yang membolehkan fleksibiliti, responsif, dan jangkauan yang lebih luas bagi operasi masa hadapan. Perkembangan ini meletakkan TUDB dalam kedudukan yang lebih tinggi untuk menyokong pelbagai spektrum misi selaras dengan keperluan operasi yang sentiasa berubah.



