Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

KASUMA MEKAR SCHOOL YEAR 5 AND YEAR 6 VISIT TO RBAirF

​RIMBA AIR FORCE BASE, Monday, 20 April 2026 – A group of 45, Year 5 and Year 6 students, accompanied by three teachers from Kasuma Mekar School, conducted an educational visit to the Royal Brunei Air Force (RBAirF).

Upon arrival, the delegation was welcomed and provided with a safety briefing by Sergeant (U) Shukry bin Emran. The program featured a static display of RBAirF assets and equipment, offering students a firsthand look at the technology driving air force operations.

During the visit, students engaged with RBAirF personnel and gained hands-on experience with selected equipment. This interactive session provided meaningful insights into the roles and responsibilities of the RBAirF in national security.

The visit aimed to broaden the students' perspective on aviation and defense while inspiring interest in future careers within the Royal Brunei Armed Forces.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR BAGI PELAJAR TAHUN 5 DAN TAHUN 6 SEKOLAH KASUMA MEKAR KE TUDB

PANGKALAN UDARA RIMBA, Isnin, 20 April 2026 – Seramai 45 orang murid Tahun 5 dan Tahun 6 yang diiringi oleh tiga orang guru dari Sekolah Kasuma Mekar telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB).

Sejurus ketibaan, rombongan tersebut dialu-alukan dan diberikan taklimat keselamatan yang disampaikan oleh Sarjan (U) Shukry bin Emran. Lawatan tersebut mempamerkan pelbagai aset dan peralatan TUDB secara statik, memberikan peluang berharga kepada para murid untuk melihat secara dekat teknologi yang digunakan dalam operasi tentera udara.

Sepanjang lawatan itu, para murid berpeluang berinteraksi bersama anggota TUDB dan merasai pengalaman mengendalikan peralatan yang dipamerkan. Sesi interaktif tersebut memberikan gambaran mendalam mengenai peranan dan tanggungjawab TUDB dalam menjaga keselamatan negara.

Lawatan pendidikan ini bertujuan untuk meluaskan kefahaman murid-murid mengenai bidang penerbangan dan pertahanan, di samping menyuntik semangat serta minat bagi menceburi kerjaya dalam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei pada masa hadapan.