Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RBAirF ATTENDS C-UAS AND WMD THREATS WORKSHOP

KUALA LUMPUR, Thursday, 16 April 2026 – A Royal Brunei Air Force (RBAirF) Senior officer represented the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) at the Counter Unmanned Aerial System (C-UAS), Weapons of Mass Destruction (WMD) Threats and Delivery Systems Workshop, held from 13 to 16 April 2026 at the JW Marriott Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia.

Lieutenant Colonel (U) Muhd Adif Haji Zaman, Commanding Officer of No. 2 Wing, Operations Group, RBAirF, attended the four-day workshop. The event convened international participants and agencies to address the escalating security challenges posed by Unmanned Aerial Systems (UAS), specifically their potential role in the delivery of WMD.

The programme focused on critical areas including the evolving UAS threat landscape, Chemical, Biological, Radiological, and Nuclear (CBRN) awareness, threat detection, and operational response. The workshop featured expert presentations, interactive group discussions, and Table Top Exercises (TTX) designed to simulate various drone-related security scenarios.

The RBAirF's participation underscores its commitment to enhancing its global awareness in strengthening detection and response capabilities, and promoting international collaboration. The workshop also provided valuable insights into CBRN investigation best practices while fostering professional networks to bolster readiness against evolving unconventional security threats. 



TUDB HADIRI BENGKEL ANCAMAN C-UAS DAN WMD

KUALA LUMPUR, Khamis, 16 April 2026 – Seorang Pegawai Kanan Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mewakili Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) di Bengkel Counter Unmanned Aerial System (C-UAS), Ancaman Weapons of Mass Destruction (WMD) dan Delivery Systems, yang diadakan bermula 13 hingga 16 April 2026 di Hotel JW Marriott, Kuala Lumpur, Malaysia.

Leftenan Kolonel (U) Muhd Adif Haji Zaman, Pegawai Pemerintah Cawangan No. 2, Kumpulan Gerakan, TUDB, telah menghadiri bengkel selama empat hari tersebut. Acara berkenaan telah menghimpunkan peserta dan agensi antarabangsa bagi menangani cabaran keselamatan yang kian meningkat yang disebabkan oleh Unmanned Aerial Systems (UAS), khususnya potensi peranannya dalam penghantaran WMD.

Program tersebut memfokuskan kepada bidang-bidang kritikal termasuk landskap ancaman UAS yang kian berkembang, kesedaran Chemical, Biological, Radiological and Nuclear (CBRN), pengesanan ancaman, serta tindak balas operasi. Bengkel itu turut menampilkan pembentangan pakar, perbincangan kumpulan secara interaktif, dan Table Top Exercise (TTX) yang direka untuk mensimulasikan pelbagai senario keselamatan berkaitan dron.

Penyertaan TUDB ini menegaskan komitmen dalam mempertingkatkan kesedaran global bagi mengukuhkan keupayaan pengesan dan tindak balas, serta menggalakkan kerjasama antarabangsa. Bengkel tersebut juga memberikan pandangan berharga mengenai amalan terbaik siasatan CBRN di samping memupuk rangkaian profesional bagi memperkukuh kesiapsiagaan terhadap ancaman keselamatan tidak konvensional yang kian berkembang.