Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

NO. 2 WING, RBAirF CONDUCTS ANTI-DRONE SYSTEM COURSE

BERAKAS GARRISON, Thursday, 23 April 2026 – No. 2 Wing, Royal Brunei Air Force (RBAirF) successfully conducted a three-day Anti-Drone System Course from 21 to 23 April 2026 at Berakas Garrison. The course involved 21 personnel from 262 Squadron and 255 Squadron of No. 2 Wing, and 77 Squadron of No. 7 Wing, RBAirF.

The training was organized following the acquisition of the Orion-D MP Detection System and the Orion-H10 Jammer System. The curriculum was designed to enhance both theoretical knowledge and practical proficiency, covering system hardware and software configuration, fundamentals of Unmanned Aircraft System (UAS) flight control, hands-on system familiarization, and essential maintenance procedures.

The closing ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by a closing address from the Guest of Honour, Lieutenant Colonel (U) Muhd Adif bin Haji Zaman, Commanding Officer of No. 2 Wing, Operations Group. He subsequently presented certificates to all participants. The event concluded with a group photo session with the course participants and guest instructors.


CAWANGAN NO. 2, TUDB KENDALIKAN KURSUS SISTEM ANTI-DRON

BERAKAS GARISON, Khamis, 23 April 2026 – Cawangan No. 2, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah berjaya mengendalikan Kursus Sistem Anti-Dron selama tiga hari bermula 21 hingga 23 April 2026 bertempat di Berakas Garison. Kursus tersebut melibatkan seramai 21 orang anggota daripada Skuadron 262 dan Skuadron 255 dari Cawangan No. 2, serta Skuadron 77 dari Cawangan No. 7, TUDB.

Penganjuran kursus ini adalah susulan daripada penerimaan Sistem Pengesanan 'Orion-D MP' dan Sistem Pencegah 'Orion-H10'. Program latihan tersebut dirangka bagi meningkatkan pengetahuan teori dan kemahiran praktikal, merangkumi konfigurasi peralatan dan perisian sistem, asas kawalan penerbangan Unmanned Aircraft System (UAS), suai kenal sistem secara praktikal, serta prosedur penyelenggaraan penting.

Majlis penutup dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan ucapan penutup daripada Tetamu Kehormat, Leftenan Kolonel (U) Muhd Adif bin Haji Zaman, Pegawai Pemerintah Cawangan No. 2, Kumpulan Gerakan. Beliau seterusnya menyampaikan sijil kepada semua peserta kursus. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai bersama para peserta dan jurulatih jemputan.