RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 30 January 2026 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a Ceremony for the Presentation of Insignia, Sam Browne Belt and Pace Stick, and the Conferment of the Rank of Warrant Officer for 35 Senior Non-Commissioned Officers (SNCOs) at Dewan Punai, Rimba Air Force Base.
The ceremony was officiated by the Guest of Honour, Brigadier General (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Commander of the RBAirF. During the ceremony, the Guest of Honour presented rank insignia to 12 Warrant Officer 1, one Acting Warrant Officer 1, 18 Warrant Officer 2, and four Acting Warrant Officer 2, marking their formal appointment and assumption of increased leadership responsibilities.
In conjunction with the ceremony, the Commander of the RBAirF also presented the Rank Insignia, Sam Browne Belt and Pace Stick to Warrant Officer 1 (U) Shahari bin Haji Manan upon his appointment as Regimental Sergeant Major (RSM) of the Operations Group, RBAirF, symbolising the trust placed in him to uphold discipline, professionalism, and leadership among the Other Ranks.
The ceremony was witnessed by members of the RBAirF Board of Executives, Senior Officers, Officers, Senior Non-Commissioned Officers, and the family members of the promoted personnel, reflecting the RBAirF's recognition of professional excellence, dedication, and the vital role of Warrant Officers in strengthening operational effectiveness and leadership continuity.




MAJLIS PENYAMPAIAN LENCANA PANGKAT, TALI PINGGANG
SAM BROWNE DAN TONGKAT SERTA PENGANUGERAHAN PANGKAT PEGAWAI WARAN
PANGKALAN UDARA RIMBA, Jumaat, 30 Januari 2026 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Penyampaian Lencana Pangkat, Tali Pinggang
Sam Browne Belt dan tongkat serta Penganugerahan Pangkat Pegawai Waran kepada 35 orang Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Kanan di Dewan Punai, Pangkalan Tentera Udara Rimba.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat, Brigedier Jeneral (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Pemerintah TUDB. Pada majlis tersebut, Tetamu Kehormat telah menyampaikan lencana pangkat kepada 12 orang Pegawai Waran 1, seorang Pemangku Pegawai Waran 1, 18 orang Pegawai Waran 2 dan empat orang Pemangku Pegawai Waran 2, menandakan pelantikan rasmi serta tanggungjawab kepimpinan yang dipikul.
Bersempena dengan majlis tersebut, Pemerintah TUDB turut menyampaikan lencana pangkat, Tali Pinggang
Sam Browne Belt dan tongkat kepada Pegawai Waran 1 (U) Shahari bin Haji Manan sempena pelantikannya sebagai Sarjan Mejar Rejimen (SMR) Kumpulan Gerakan, TUDB, yang melambangkan kepercayaan dan tanggungjawab yang diberikan untuk menegakkan disiplin, profesionalisme dan kepimpinan dalam kalangan anggota lain-lain pangkat TUDB.
Majlis ini turut disaksikan oleh ahli-ahli Lembaga Eksekutif TUDB, Pegawai Kanan, Pegawai, PTB Kanan serta ahli keluarga anggota yang dinaikkan pangkat, mencerminkan pengiktirafan TUDB terhadap kecemerlangan profesional, dedikasi serta peranan penting Pegawai Waran dalam memperkukuhkan keberkesanan operasi dan kesinambungan kepimpinan.


