Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

ROYAL BRUNEI AIR FORCE PARTICIPATES IN HIS MAJESTY’S 79TH BIRTHDAY CELEBRATION PARADE

​Bandar Seri Begawan, Monday, 15 July 2025 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) proudly took part in the Grand Parade in commemoration of the 79th Birthday of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam at Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien.

His Majesty's arrival was greeted with the Royal Salute followed by the National Anthem "Allah Peliharakan Sultan" orchestrated by the Royal Brunei Armed Forces and Royal Brunei Police Force band including a customary 21-gun salute in honour of His Majesty's birthday.

In a display of unwavering loyalty and discipline, a total of 109 airmen and 25 airwomen from the  RBAirF marched in perfect unity and precision, led by Major (U) Mohammad Aliff bin Haji Zulkifli and Captain (U) Khairul Anwar @ Firdaus bin Karia. The contingent's precise movements and synchronized steps showcased their rigorous training and discipline, embodying the values of the RBAirF.

The grand parade concluded with three cheers of “Daulat Kebawah Duli Tuan Patik" and an aerial fly-past by the RBAirF's fleet of seven (07) Sikorsky Blackhawk S-70i helicopters from No. 11 Squadron, led by Major (U) Emad Hamdi bin Haji Sawal and two (02) Airbus C295MW aircraft from No. 15 Squadron led by Major (U) Mohd Adieb bin Abdul Rahman. 

The RBAirF's participation in the celebration is a testament to the air force's unwavering commitment to excellence highlighting the air force's professionalism and dedication to serving the nation.


TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI SERTAI PERBARISAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN KE-79 KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA


Bandar Seri Begawan, Isnin, 15 Julai 2025 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dengan bangga menyertai Istiadat Perbarisan Kehormatan sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-79 tahun di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien.

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung untuk menerima Tabik Hormat Diraja dan diiringi dengan Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan' yang dipersembahkan oleh gabungan Pasukan Pancaragam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Pasukan Polis Diraja Brunei termasuk tembakan meriam sebanyak 21 das sebagai penghormatan bagi Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia.

Dalam satu persembahan penuh semangat taat setia dan disiplin, seramai 109 anggota lelaki dan 25 anggota  wanita dari TUDB telah berbaris dengan penuh keseragaman dan ketepatan, diketuai oleh Mejar (U) Mohammad Aliff bin Haji Zulkifli dan Kapten (U) Khairul Anwar @ Firdaus bin Karia. Pergerakan tepat dan langkah seiring menyerlahkan latihan yang rapi serta tahap disiplin yang tinggi, mencerminkan nilai-nilai yang dipegang oleh TUDB.

Istiadat Barisan Kehormatan diakhiri dengan laungan tiga kali “Daulat Kebawah Duli Tuan Patik" serta disusuli dengan terbang lalu pesawat sebanyak tujuh (7) buah helikopter Sikorsky Blackhawk S-70i dari Skuadron No. 11, yang diketuai oleh Major (U) Emad Hamdi bin Haji Sawaldan dan dua (2) buah pesawat C295 MW dari Skuadron No. 15, yang diketuai oleh Major (U) Mohd Adieb bin Abdul Rahman. 

Penyertaan TUDB dalam sambutan ini merupakan bukti komitmen berterusan  terhadap kecemerlangan yang mencerminkan profesionalisme dan dedikasi  TUDB  dalam perkhidmatan kepada negara.