Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RBAirF BAKTI CELEBRATES HARI RAYA AIDILFITRI

TUNGKU, Friday, 24 April 2026 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) branch of the Royal Brunei Armed Forces Wives Welfare Body (BAKTI) held its Hari Raya Aidilfitri celebration at the CAE Multi-Purpose Training Centre in Kg Tungku, Gadong.

Present as the Guest of Honour was Yang Mulia Hajah Rosnah @ Lily binti Haji Matamit, Head of RBAirF BAKTI.

A highlight of the event was a tribute to retiring committee member, Norhida @ Hidayat binti Haji Matdin. She was presented with a token of appreciation in recognition of her 22 years of dedicated service and invaluable contributions to the organisation.

The celebration featured a variety of singing performances by BAKTI members. The Operations Group took home the prize for best performance, while Suliani binti Baharuddin from No. 7 Wing won the "Best Dressed" competition, which followed the theme "Glitter Glamour Raya."

Beyond the festivities, the event served as a meaningful platform to strengthen bonds of friendship and unity among members. By honoring long-serving individuals and fostering togetherness, RBAirF BAKTI continues to maintain the close-knit community spirit essential to the Royal Brunei Armed Forces family.


BAKTI TUDB RAIKAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

TUNGKU, Jumaat, 24 April 2026 – Badan Kebajikan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (BAKTI) Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bertempat di CAE Multi-Purpose Training Centre, Kg Tungku, Gadong.

Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi majlis tersebut ialah Yang Mulia Hajah Rosnah @ Lily binti Haji Matamit, Ketua BAKTI TUDB.

Antara acara utama majlis tersebut ialah penyampaian penghargaan kepada ahli jawatankuasa yang bakal bersara, Norhida @ Hidayat binti Haji Matdin. Beliau telah disampaikan dengan tanda penghargaan sebagai pengiktirafan ke atas perkhidmatan setia dan sumbangan bernilai selama 22 tahun kepada pertubuhan tersebut.

Sambutan turut dimeriahkan dengan pelbagai persembahan nyanyian daripada ahli-ahli BAKTI. Kumpulan Gerakan telah memenangi hadiah bagi persembahan terbaik, manakala Suliani binti Baharuddin dari Cawangan No. 7 memenangi peraduan "Pakaian Terbaik" yang membawakan tema “Glitter Glamour Raya."

Selain daripada keraian tersebut, majlis ini berfungsi sebagai landasan bermakna untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan menjadi wadah dalam memperkukuhkan perpaduan di kalangan ahlinya. Dengan menghargai jasa ahli yang lama berkhidmat dan memupuk semangat kebersamaan, BAKTI TUDB terus mengekalkan semangat kemasyarakatan yang akrab, yang menjadi teras kepada keluarga besar Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.