Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

HANDOVER CEREMONY FOR COMMANDING OFFICER NO. 6 WING, SUPPORT GROUP, RBAirF

​RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 24 April 2026 – No. 6 Wing, Support Group, Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a handover ceremony today to mark the official transfer of duties from Major (U) Pengiran Muhammad Mufid bin Pengiran Haji Umar Ariffin to Lieutenant Colonel (U) Haji Asbi bin Haji Awang Anuar.

The ceremony, held at the No. 6 Wing Headquarters, Rimba Air Force Base was attended by officers and personnel of the wing. It began with an honorary salute and a parade inspection by the outgoing Commanding Officer. Following the recitation of Surah Al-Fatihah led by Captain (U) Muhammad Najwan bin Masli, Major (U) Pengiran Muhammad Mufid delivered a farewell address, praising the dedication and professionalism shown by his personnel during his tenure.

The transition was formalised with the signing of the Handover Certificate and the passing of the Command Baton, symbolising the official transfer of responsibilities.

In his inaugural speech, Lieutenant Colonel (U) Haji Asbi emphasized discipline and trust as the foundations of an effective force. He urged personnel to uphold the Royal Brunei Armed Forces' core values—Setia, Taqwa, Berani, and Professionalism—to ensure operational excellence and maintain the organisation's reputation.


UPACARA SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI PEMERINTAH CAWANGAN NO. 6, KUMPULAN BANTU, TUDB

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 24 April 2026 – Cawangan No. 6, Kumpulan Bantu, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Upacara Serah Terima Tugas Pegawai Pemerintah bagi menandakan penyerahan tugas rasmi  daripada Mejar (U) Pengiran Muhammad Mufid bin Pengiran Haji Umar Ariffin kepada Leftenan Kolonel (U) Haji Asbi bin Haji Awang Anuar.

Upacara yang berlangsung di Markas Cawangan No. 6, Pangkalan Tentera Udara Rimba itu telah disaksikan oleh Pegawai-pegawai serta kakitangan Cawangan No. 6. Majlis dimulakan dengan penghormatan perbarisan dan pemeriksaan perbarisan oleh mantan Pegawai Pemerintah. Ini disusuli dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Kapten (U) Muhammad Najwan bin Masli.

Dalam ucapan perpisahan beliau, Mejar (U) Pengiran Muhammad Mufid merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas semangat perpaduan, dedikasi, dan profesionalisme yang dipamerkan oleh seluruh anggota Cawangan No. 6 sepanjang tempoh kepimpinan beliau.

Majlis diteruskan dengan menandatangani Sijil Serah Terima Tugas dan penyerahan Tongkat Pemerintahan yang melambangkan penyerahan tanggungjawab secara rasmi.

Acara diakhiri dengan pemeriksaan perbarisan oleh Pegawai Pemerintah yang baharu serta penyampaian ucapan ulung beliau. Dalam ucapan tersebut, beliau menekankan kepentingan disiplin dan kepercayaan sebagai asas kekuatan pasukan, bukan sahaja dalam kesiapsiagaan operasi malah dalam sahsiah harian. Beliau turut menegaskan nilai-nilai teras Angkatan Bersenjata Diraja Brunei—Setia, Taqwa, Berani, dan Profesionalisme—sebagai prinsip panduan bagi semua anggota dalam melaksanakan tugas dengan penuh integriti demi menjaga imej organisasi.