RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 07 February 2025 - Operations Group, Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a promotion ceremony for seventeen (17) personnel from Operations Group at Punai Hall, Rimba Air Force Base (Rimba AFB).
Ten Senior Non-Commissioned Officers (SNCOs) and seven Junior Non-Commissioned Officers (JNCOs) were presented with their rank insignias by Lieutenant Colonel (U) Mohd Anwar Shah bin Haji Napiah, Commanding Officer No. 3 Wing, Operations Group.
The promotion ceremony was witnessed by officers from Operations Group including family members of the promoted personnel. To bless the ceremony, Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin commenced with the recitation of surah Al-Fatihah that proceeded with presentation of rank insignia by the Guest of Honour before concluding with a Doa Selamat.
The promotion is in recognition of the personnel's contributions to the RBAirF and RBAF in general. Alongside their contribution, their merits and upholding of the core values, discipline and performance are also taken into account. The RBAirF would like to congratulate all personnel who were promoted.



MAJLIS PENYAMPAIAN KENAIKAN PANGKAT BAGI PEGAWAI TIDAK BERTAULIAH KUMPULAN GERAKAN, TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Juma'at, 07 Februari 2025 – Kumpulan Gerakan, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Kenaikan Pangkat bagi 17 orang anggota daripada Kumpulan Gerakan bertempat di Dewan Punai, Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba).
Sepuluh PTB Kanan serta tujuh PTB Rendah TUDB telah menerima pangkat yang disempurnakan oleh Leftenan Kolonel (U) Mohd Anwar Shah bin Haji Napiah, Pegawai Pemerintah Cawangan No. 3, Kumpulan Gerakan.
Majlis tersebut turut disaksikan oleh Pegawai-pegawai dari Kumpulan Gerakan serta ahli keluarga anggota yang dinaikkan pangkat. Bagi memberkati majlis, Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin memulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan penyampaian pangkat oleh Tetamu Kehormat dan diakhiri dengan Doa Selamat.
Kenaikan pangkat ini merupakan pengiktirafan terhadap sumbangan anggota kepada TUDB serta Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) secara keseluruhan. Selain daripada sumbangan mereka, faktor seperti kecemerlangan, pematuhan kepada nilai teras, disiplin, dan prestasi turut diambil kira. TUDB mengucapkan tahniah kepada semua anggota yang telah dinaikkan pangkat.

