PENANJONG GARRISON, Saturday, 01 June 2024 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) 63rd Anniversary was held at Penanjong Garrison, Tutong and was graced by His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Negara Brunei Darussalam.
Accompanying His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam were His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister's Office; His Royal Highness Prince 'Abdul Malik and His Royal Highness 920 Major (Udara) Prince 'Abdul Mateen.
The RBAF's 63rd anniversary Grand Parade featured the Royal Brunei Air Force (RBAirF) contingent consisting of 270 airmen and airwomen carrying the RBAF Royal Colours and RBAirF Colours. The commitment of excellence from the RBAirF contingent was portrayed in the precision and discipline of their drills that was led by Lieutenant Colonel (U) Pengiran Mohammad Farisan bin Pengiran Haji Metassan and Major (U) Awangku Haji Mohammad Yazafaris bin Pengiran Haji Mohammad Yamin.
One of the highlights of the RBAF's 63rd anniversary Grand Parade was the RBAirF aircraft diamond formation flypast featuring six Sikorsky Blackhawk S70i led by Major (U) Muhammad Adib bin Haji Hashim and the Airbus C295MW flown by Major (U) Mohamad Adieb bin Abdul Rahman. The impressive flypast showcases the relentless teamwork and professionalism of its aircrew and personnel in the detailed planning and coordination to ensure the safe and successful conduct in support of the anniversary celebrations.
The RBAirF Airbus C295MW was also utilised for the Solidarity Jump featuring airmen of the RBAirF Parachute Airborne and Delivery Unit with RBAF Special Forces Regiment and participants from the Special Forces of 11 other nations. The Airbus C295MW was captained by Major (LS) Darren Ryllo and Major (U) Mohammad Khairuddin bin Mohamad Ali as the Co-Pilot.
The RBAirF showcased the various capabilities and equipment utilised by RBAirF in conducting their roles and responsibilities that is open for public viewing.





TUDB TURUT SERTA BAGI SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN ABDB KE-63
PENANJONG GARISON, Sabtu, 01 Jun 2024 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta telah berkenan berangkat ke Acara Kemuncak Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke-63.
Mengiringi keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah paduka-paduka anakanda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Mejar (Udara) Pengiran Muda 'Abdul Mateen.
Upacara Perbarisan Raksasa sempena Hari Ulang Tahun ABDB ke-63 menampilkan kawalan Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) yang terdiri daripada 270 anggota lelaki dan wanita yang membawa Panji-Panji Diraja ABDB dan Panji Panji TUDB. Komitmen kecemerlangan daripada anggota-anggota TUDB tergambar dalam ketepatan dan disiplin latihan mereka, yang mana kawalan-kawalan diketuai oleh Leftenan Kolonel (U) Pengiran Mohammad Farisan bin Pengiran Haji Metassan dan Mejar (U) Awangku Haji Mohammad Yazafaris bin Pengiran Haji Mohammad Yamin.
Salah satu acara kemuncak Upacara Hari Ulang Tahun ABDB ke-63 ialah terbang lalu pesawat dalam formasi berlian yang menampilkan enam Sikorsky Blackhawk S70i TUDB yang diketuai oleh Mejar (U) Muhammad Adib bin Haji Hashim dan pesawat Airbus C295MW TUDB yang diterbangkan oleh Mejar (U) Mohamad Adieb bin Abdul Rahman. Terbang lalu pesawat yang mengagumkan menunjukkan kerjasama yang berterusan dan profesionalisme anak kapal dan anggota-anggota dalam perancangan dan penyelarasan terperinci untuk memastikan tingkah laku yang selamat dan berjaya dalam menyokong sambutan hari ulang tahun tersebut.
Pesawat Airbus C295MW TUDB turut digunakan untuk
Solidarity Jump yang menampilkan anggota Unit Payung Terjun Pembekal Udara Taktikal (UPTPUT), TUDB dengan Rejimen Pasukan Khas ABDB dan peserta Pasukan Khas dari 11 angkatan tentera sahabat yang lain. Pesawat Airbus C295MW diketuai oleh Mejar (LS) Darren Ryllo dan Mejar (U) Mohammad Khairuddin bin Mohamad Ali sebagai Juruterbang Bersama.
TUDB juga turut mempamerkan pelbagai keupayaan dan peralatan yang digunakan oleh TUDB dalam menjalankan peranan dan tanggungjawab mereka, yang mana pameran tersebut adalah terbuka untuk lawatan umum.



